Tuesday, June 29, 2010

Itukah Sunnatullah

Alhamdulillah.
Ketika saya menulis catatan ini, kelas bagi semester baru Sesi Jun@Julai  2010 telah baru berjalan hampir sehari setengah.

Semuanya nampaknya semacam begitu ghairah dan teruja sekali untuk memulakan semester baru ini. Kelihatannya bersemangat sekeras waja dengan langkah yang serba gagah itu. Lelaki dan perempuannya juga.

Cuma.
Cerita kepanasan bilik kuliah dan peluh memercik ketika kelas serta masih membasahi sebahagian anggota badan selepas kelas adalah antara "cerita-cerita dari bilik kelas" yang popular dalam tempoh sehari setengah ini. Itu baru cerita-cerita dari rakan-rakan sebelah menyebelah sesama jabatan. Sahabat-sahabat jabatan lain entahlah macam mana.

Saya memahami dan bersimpati terhadap diri sendiri dan juga rakan-rakan sekalian.

Bukan tidak bersyukur.
Cuma "terkilan" sikit sahaja.
Barangkali ramai sudah memaklumi bahawa kipas-kipas  yang sedia ada mungkin belum mampu memproses udara panas tersebut menjadi udara yang lebih nyaman dan menyegarkan.

Bagaimana mungkin dengan keadaan seperti itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan suasana yang cukup kondusif. Walaupun apa pun subjek yang diajar. Walau dari jabatan mana sekali pun ia datang. Darah mamalia tetap panas serupa.

Mungkinkah?
Mungkinkah ada alternatif untuk "kami-kami" melalui semester ini dan juga semester-semester berikutnya dalam keadaan yang lebih kondusif dan selesa? Kalau pun tidak banyak, mudah-mudahan ia akan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajar dan pelajar, Insyaallah kedua-duanya akan mendapat manfaatnya.

Itu pun kalau ada, kalau tidak ada, apalah yang mampu dikatakan.

Kalau itulah sunnatullah, apa lagi yang mampu saya perkatakan.

Kalau itulah mehnah dan takdirnya perjuangan di bidang ini, apalah lagi yang mampu diperjuangkan?

Sunnatullahkah ini semua?

Razak Nordin berpesan ; Saya memang benar-benar maksudkannya.

s.k- Wazir Pengajian A'la Fil Ard

No comments: