Tuesday, June 1, 2010

Audit Sirim Vs Audit Allah

  
Insyaallah.
PTSS akan diaudit oleh pihak Sirim selama 3 hari bermula esok, dari 2 Jun hingga 4 Jun 2010.

Audit Sirim.

Hakikatnya.
Walaupun hanya "Manusia Audit Manusia".

Banyak benda "diluar jangka" yang terzahir :-

Suasana menjadi kelam kabut.
"Semua orang" jadi susah hati.
"Semua orang" jadi gundah gulana.
"Semua orang" jadi tertekan.
"Semua orang" jadi emosi.
"Semua orang" bermuka muram dan durja.
"Semua orang" jadi resah gelisah.
"Semua orang" tiba-tiba jadi sibuk.
"Semua orang" tiba-tiba tidak cukup masa.

Padahal.
Itu baru "Manusia Audit Manusia".

Banyak benda yang boleh "disimpan" di bawah "karpet merah".
Buat sementara atau selamanya.
Apa yang penting, di atas "karpet merah" mesti dilihat bersih.
Tidak semestinya memang bersih dan dilihat juga bersih.
Itu tidak penting sangat.

Dan auditee masih ada peluang untuk berhujah dengan auditor yang juga dikalangan manusia itu. Nasib baik menang, jika nasib kurang baik, dapatlah apa yang sepatutnya.

Banyak benda yang mungkin boleh "disimpan" di bawah "karpet merah" itu.
Biar saya senaraikan satu persatu.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
Dan lain-lain lagi.

Audit Allah S.W.T.
Allah Audit Manusia.
Maha Kuasa, Maha Agung Audit Seorang Hamba.
Ditempat yang tiada lagi jalan pulang.
Ditempat yang tiada lagi "backdated" dan perubahan-perubahan.
Ditempat yang tiada lagi hilang-hilang di hari pembalasan.
Ditempat yang tiada lagi cuti-cuti sakit.
Mana ada hospital dan klinik swasta yang bukak.
Ditempat "segalanya" sudah tiada lagi.
Ditempat yang tiada lagi peluang kedua.
Ditempat yang semuanya pasti dan muktamad sahaja.

Jika lupa tandatangan, maka lupalah.
Jika terlepas pandang, maka terlepaslah.
Jika lupa diganti, maka lupalah.
Jika tertinggal, maka tertinggallah.
Jika lupa dibuat, maka lupalah ia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Tiada lagi karpet merah untuk "disimpan sesuatu" di bawahnya untuk sementara atau selama-lamanya.
Tiada lagi mulut untuk berhujah. Masa untuk mulut berehat sementara.
Cukuplah engkau menjadi "rajalawak" di dunia wahai mulut.

Maka berbicaralah tangan-tangan mereka.
Maka menjadi saksilah akan kaki-kaki mereka.

Seandainya.
Luluslah audit Sirim belum tentu lulus audit dari Allah s.w.t.
Kerana hanya mulut yang bisa bicara. Tangan-tangan dan mulut-mulut belum sampai ketikanya.

Lulus audit Sirim.
Lulus audit Allah s.w.t.

Itu sebenarnya yang kita dambakan.

Kerana banyak kerananya......

Audit Sirim VS Audit Allah s.w.t.
Suatu yang juga ada ibrah untuk orang-orang yang beraqal.

Audit Sirim VS Audit Allah S.W.T.
Antara keduanya.

Manakah yang benar-benar meresah dan menggelisahkan???

Pengajaran sekecil mana pun, ia tetap memberikan kebaikan untuk orang-orang yang mahu berfikir.


Razak Nordin berpesan ; Dan akhirnya pihak Sirim yang kaya... Kita bagaimana???.

3 comments:

askRAIN said...

salam ust ajak,

saya mohon untuk copy artikel ni ke blog saya.... boleh ker

ajaknordin said...

bisa sajer..dari manusia kerana Allah

Unknown said...

Minta share tn