Entah mengapa.
Hari ini.
Berlaku beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada diri saya dan mencetuskan rasa marah di hati saya.
Geram dan marah sungguh. Bukan main-main.
Kalau ikutkan rasa marah, mahu sahaja dimaki hamun, disumpah seranah dan segala macam kata-kata nista yang lain lagi.
Paling "panas dan hangat" hari ini.
Bila saya sekali lagi terpaksa menunggu-nunggu ahli mesyuarat yang lain sampai dalam tempoh yang tidak munasabah.
Perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku kepada diri saya tetapi boleh dikatakan setiap kali saya menghadiri mesyuarat luar pejabat. "Sedihnya" kerana ianya melibatkan agensi-agensi kerajaan.
Kalau janji mesyuaratnya pukul 9 pagi, pukul 9 pagilah.
Bukan 9.30 pagi.
Bukan 9.45 pagi.
Dan bukan juga 9.55 pagi.
Sudahlah datang lambat, "goyang punggung" dan buat muka tidak bersalah pula tu. Kalaulah datang lambat dengan mohon maaf kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, "gagah"lah juga.
Hei Bro dan Bri.
Tolonglah.
Hargailah juga masa orang lain.
Hargailah juga kesibukan orang lain.
Hargailah juga masalah orang lain.
Hargailah juga perasaan orang lain.
1,2,3,4,5,6,7,8,9 atau 10 minit mungkin tidak penting kepada anda tetapi mungkin penting kepada orang lain.
1,2,3,4,5,6,7,8,9 atau 10 minit mungkin tidak banyak perkara yang boleh anda lakukan tetapi mungkin banyak perkara boleh dilakukan oleh orang lain.
Penyejuk "kepanasan".
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4723
Terima kasih wahai Rasulku. Teladan terbaik sepanjang zaman.
"Kepanasan-kepanasan lain", yang tidak sewajarnya berlaku, biarlah tersimpan di sudut hati buat masa ini. Sampai masanya ia akan tertulis juga di pokok-kayu ini.
Razak Nordin berpesan ; Semoga hari esok lebih "sejuk" dan "cool".
No comments:
Post a Comment