"Tsunami" ini tidak mencetuskan gegaran dan ombak yang kuat sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan harta benda, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang malahan manusia-manusia juga.
"Tsunami" ini hanya mewujudkan "suasana baru" di Pusat Islam Luqman Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Barangkali inilah kali pertama tanpa sebarang paksaan atau terpaksa yang pernah saya temui, para penghuni kamsis memenuhi hampir tiga saf untuk solat maghrib berjemaah. Begitu juga dengan solat Isyak.
Dari pemerhatian rambang saya, rata-rata mereka adalah muka-muka baru iaitu para pelajar semester satu yang baru mendaftar awal minggu ini.
Saya menyimpan harapan tinggi agar "tsunami" ini bukanlah sementara sahaja tetapi akan terus berpanjangan sampai bila-bila pun.
Kerana tsunami ini tidak merosak dan memusnahkan. Tetapi "tsunami" ini diharapkan akan melahirkan fenomena baru kepada Pusat Islam Luqman Hakim, PTSS.
Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t.
Semoga semangat "hangat-hangat tahi ayam" tidak terpakai di sini.
Kata orang.
Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir
Razak Nordin berpesan ; "Pelan". "Pelan". Sikit. Sikit. Jangan menekan sangat sehingga yang lembut menjadi pecah dan berkecai.

No comments:
Post a Comment