Monday, August 3, 2009

Bermula Sudah

Setelah sekian lama berehat dari masuk kelas, hari ini segalanya bermula semula untuk sesi Julai 2009 . Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun dalam kepanasan, tanpa LCD projector(pasal semua nota aku dalam pen drive) dan bilik kelas yang berada di aras paling atas. Harap-harap lepas ni aku tak jadi "YB"(Yang Boroi) lagi dah. Bila aku bagi peluang kat pelajar bagi pandangan tentang kelas macam mana yang mereka suka(maksud aku kaedah dan teknik pengajaran), itu antara isu yang ditimbulkan, kelas panas dan tempatnya tinggi pulok tu(agak melencong dari maksud akulah, tapi takperlah). Sekurang-kurang aku dapat sesuatu dari para pelajar. Terimakasih kat bakal-bakal setiausaha. Ini yang kurang seronok sikit. Kelasnya agak tidak kondusif. Bahangnya agak menyala. Yang aku mushkilnya, kalau kau orang perasanlah mana-mana bilik kelas pun, bahagian depan selalunya tak ada kipas. Untuk orang bercakap tak ada kipas, untuk menadah telinga sahaja selalunya ada kipas. Ini tidak adil!!!(baca gaya filem 3 Abdul). Dahlah aku ni jenis makan herba, badan selalu panas dan membara. Tidur kat umah pun, siap pasang ekon dengan kipas sekali. Tak taulah apa nak jadi ngan badan aku ni. Akhir-akhir ini sahaja pasang selang seli antara ekon dan kipas.
Razak Nordin berpesan ; Harap-harap kelas akan datang lebih menyorokkan untuk aku dan juga pelajar-pelajarku.

6 comments:

Mohsen Amdan said...

En Razak..
Selamat memulakan tugasan yang murni ini.
Didik lah anak bangsamu sebaik mungkin

Ibnnordin said...

Tq En Mohsen..walaupun en mohsen lebih muda daripada saya...tapi en Mohsen trainer yang terbaik yang pernah saya kenali sepanjang saya menghadiri kursus setelah 10 tahun saya dalam bidang ini, teruskan usaha baktimu dengan caramu..tq

adanz said...

pasang kipas dan ekon sekali adalah ilmu sesat, usah diteruskan, kerna ia tidak baik untuk kesihatan, lagipun ia tidak sedikit pun membantu untuk menurunkan suhu badan anda.

Rahadzibi said...

Ustaz.. nak sejuk kan badan jgn harap econ ngan kipas ja... ustaz amal herbs kan? minum ayaq banyak2.. jus tanpa ais.. nnt takot effect kidney .. good things to be share, hope u dont mind.. - RAHA-anak murid ustaz, DSK4(tamadun islam) yg ustaz tnya psl antara sej dan tamadun mana dlu, ingat? hehe

Ibnnordin said...

Ingat2...yang duk belakang Hawa tu..

Rahadzibi said...

ooo..ingat hawa ye? hehe.. harap ustaz suka ajar kelas DSk 4 ni walau kekadang bnyk dugaan nya.. besar jasa guru ni.. All the best!