Thursday, August 6, 2009

Kesabaran Yang Melemaskan

Pada mulanya aku tidak bercadang nak "masukkan" menceritakan tentang perkara ini ke dalam blog aku ni. Tapi entah macam terceritalah juga. Kisah ini berlaku petang sabtu lepas(1 Ogos 2009) selepas tol Juru, Penang menuju ke Tol Sungai Dua. Masa tu on the way dari Taman Lela Kamunting(umah mertuaku), Perak nak menuju ke Butterworth(lebih tepatnya stesen minyak caltex pertama menuju Sungai Dua) . Masa tu dalam perjalanan pulang bawak Cik(panggilan untuk bapaku) untuk bertemu besannya. Bayangkan setelah mendapat dua orang cucu, baru berkesempatan bertemu besan. Pertemuan pertama mereka, semasa majlis bertandang pengantin perempuan ke Terengganu pada 10 Feb 2005. Bayangkan betapa lamanya. Kebetulan Cik ada kat sini,eloklah tu aku bawakan. Itulah antara sebab aku gagahkan jugak diri ini bawa Cik dari Perlis ke Kamunting Perak.

Gambar-Gambar Semasa Kesesakan Yang Sempat Di Ambil
Gambar kesesakan yang berlaku bersama hujan yang mencurah-mencurah.

Masih sesak.

Dan terus sesak

Bukan kesesakan ini yang sebenarnya aku nak ceritakan. Yang aku nak kongsikan ialah sikap manusia semasa kesesakan yang berlaku bersama hujan yang mencurah-curah itu . Kadang-kadang terfikir juga kata orang, menilai kawan sejati semasa susah ada juga kebenarannya. Menilai pemandu budiman semasa kesesakan bersama hujan yang mencurah-mencurah. Huhuhu,hahahaha, hehehehe, gelak yang dibuat-buat untuk meredakan sedikit ketegangan minda dan perasaan. Kesesakan itu sama ada secara tidak sengaja atau sengaja telah menzahirkan sikap sebenar manusia atau lebih tepat pemandu-pemandu kita(istilah standardnya). Tamak, haloba(bolehke guna istilah ni, ah, belasah jelah) dan hanya mementingkan diri sendiri. Sehingga ada yang sanggup memotong barisan sebelah kiri. Atau lebih tepat laluan kecemasan kot. Geram sungguh masa itu. Masakan tidak, kalau ikutkan semua orang nak cepat. Aku pun kalau ikutkan nak cepat juga, kesian juga kat adik aku yang dah lama tunggu kat Sungai Dua tu. Aku telefon dia sungguh tunggu awal sikit, tak sangka pulok jalan "jem". Tapi bertimbangrasalah sikit. Perjalanan dari Kamunting ke Sungai Dua selalunya hanya mengambil masa sejam. Kesesakan petang tu menjadikan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam lebih sikit. Walaupun hari hujan dan kereta berekon, tapi hatiku entah macam mana panas semacam je. Maka jadilah kesesakan itu penguji kesabaran yang sungguh melemaskan. Yang buat perangai macam tu pulok, bukan kereta sebarangan. Kira kategori mewah pun ada. Sudah barang tentu pemandunya atau taunnya pun mewahlah jugak. Logiknya memang begitu. Perbandingan lain aku rasa tak perlu, takut nanti ada watak yang tak bersalah tersentuh hatinya pulok. Paling tidakpun mesti empunyanya orang mengaji (belajar atau berpendidikan) tinggilah jugok tu. Kalau tidak masakan boleh memiliki kenderaan sehebat, segagah dan semewah itu. Harap kenderaan je lambang "kelas pertama", tapi minda dan sikap lambang kelas ke berapa entah. En Mohsen Amdan tolong komen sikit kalau silap ye tentang penggunaan perkataan minda dan sikap tu.
Teringat jugalah maklumat yang diperolehi dari kursus CPCM tempohari. Betapa susahnya nak ubah nilai, sikap/kepercayaan manusia kerana ia berada dilapisan dalaman. Lapisan paling dalam "NILAI" kemudian(ke dua dalam) "SIKAP/KEPERCAYAAN". Aku pun sebenarnya sudah lama bersetuju dengan teori ini. Setakat bagi amaran tanpa hukuman..nothing to display, orang putih kata. Bukti-bukti yang menyokong penyataan aku tu, akan dimasukkan dalam entry yang lain. Isnyaallah. Buktinya bersepah(kira ayat marah akulah ni) disekeliling aku.
LIHAT GAMBAR RAJAH KULIT BAWANG


Fakta ni aku dapat masa kursus CPCM pada 14-17 Julai 2009 kat Hotel Seri Malaysia Kulim, Kedah. Trainer kami masa tu ialah En. Mohsen Amdan.


Razak Nordin berpesan ; Jangan berbangga dengan keburukan-keburukan yang dilakukan kerana membuang najis jauh lebih mudah dari membersihkan kembali. Ketahuilah, mengekalkan kebaikan-kebaikan yang dilakukan memerlukan istiqamah dan mujahadah yang bukan sedikit. Fikir-fikirkan.

3 comments:

Mohsen Amdan said...

Salam tuan Razak.
Setuju saya dengan tulisan tuan ini.
Sebab itu dalam Islam, Iman - Amal - Ihsan itu seiringan. Iman ini hanya Allah yang tahu tebal atau tidak lapisnya dalam diri. Namun kita dituntut melakukan Amal - kerana ia menjadi pengukur kepada Iman itu. Ihsan pula lapisan dalamnya yang akan membuatkan seseorang itu ber'Amal' tanpa dipaksa - paksa kerana menyedari yang Allah melihatnya waalaupun kita tidak dapat melihat Allah.

Zulkifli said...

saya pun setuju gak... main takraw time posa banyak menguji kesabaran dan keimanan... tentera pun berperang bulan posa..

Ibnnordin said...

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kita hanya perlu mengunci lidah dari berkata-kata, memasang telinga untuk mendengar dan buat apa yang termampu.