"Saya seronok dengan apa yang kamu semua tunjukkan hari ini, kamu masuk ke kelas sebelum saya masuk".
"Saya harap kamu semua bahagia bersama dengan saya dan saya pun turut bahagia juga bersama kamu sepanjang satu semester ini".
"Saya akan cuba buat yang terbaik tetapi belum tentu yang terbaik pada saya, terbaik juga pada anda semua".
"Saya juga mungkin tidak dapat "membahagiakan" semua kamu dalam kelas ini tetapi saya akan cuba membuatkan terbaik untuk "membahagiakan" kamu semua".
Itu antara ungkapan yang saya lontarkan semasa pertama kali memasuki kelas DSK 4, DTK 3 dan SKM 4A sesi Januari 2010 ini pada minggu lepas.
Dan tahniah untuk semua pelajar berkenaan kerana memberikan saya pandangan pertama yang agak baik dan "membahagiakan". Semoga imej baik itu akan berterusan hingga akhir semester ini.
Dan rutin seperti ini berlaku bagi setiap kelas pada setiap semester apabila saya memasuki mana-mana kelas yang saya kendalikan.
Kemestian.
Men"jelas"kan siapa saya.
Apa yang saya suka dan apa yang saya tidak suka.
Peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang satu semester bersama dengan saya.
Dan macam-macam lagi.
Kerana saya mengganggapnya ia seperti suatu perjalanan yang jauh dan banyak kesukaran yang mungkin timbul sepanjang perjalanan itu. Oleh itu bekalan perlu disemak, dipersiapkan secukupnya supaya perjalanan yang jauh dan banyak kesukaran yang mungkin berlaku itu dapat berjalan dengan lancar hingga ke destinasi akhirnya.
Sesungguhnya perjalanan ini baru bermula. Masih ada 14 minggu atau 28 jam untuk dihabiskan. Tentunya ianya bukan suatu perjalanan yang senang dan mudah. Tentu ada onak dan duri juga walaupun persiapan secukupnya telah dibuat.
Dan saya mengakui bahawa bukan senang untuk menyuruh seseorang menyukai sesuatu yang tidak disukai.
Tetapi saya ada satu ungkapan untuk diri sendiri.
"Jika tidak mampu memaksa seseorang untuk minum air, berikan makanan yang masin untuknya. Lepas seketika dia memakan makanan yang masin itu, dia akan meminum air tanpa disuruh untuk kali kedua".
"Makanan yang masin"
Barangkalinya :
1. Kaedah dan teknik menyeronokkan dalam proses pembelajaran.
2. Mewujudkan suasana saling hormat menghormati.
3. Komunikasi dua hala yang kondusif.
4. Menyediakan Alat Bantu Mengajar(ABM) yang menarik.
Dan lain-lain "makanan yang masin".
Harapnya mereka semua akan "meminum air" tanpa saya suruh pun.
Untuk siapa?
Untuk "kesihatan" mereka juga.
Razak Nordin berpesan ; Jika tidak mampu memaksa seseorang untuk minum air, berikan makanan yang masin untuknya. Lepas seketika dia memakan makanan yang masin itu, dia akan meminum air tanpa disuruh untuk kali kedua.
No comments:
Post a Comment