Saturday, February 20, 2010

Email Dari Ayahanda Bonda

Salam,

Apa khabar anak-anak ayahanda dan bonda semua yang kini berada jauh dari kampung halaman tempat tumpah darah anak-anak yang dikasihi sekelian.

Macam mana anakanda di Kuala Lumpur.
Banjir kilat masih menjadi ancaman?

Macam mana anakanda Johor Bharu.
Danga Bay masih happening?

Macam mana anakanda di New York.
Kalau ada kesempatan tu kirim salam buat Barack Obama dan Tiger Woods sekali ye!

Macam mana anakanda di Kobe, Jepun.
Sakura masih mengorak kelopaknya?

Macam mana anakanda di Sydney Australia.
Kanggaroo masih mengawan terus?

Dari kejauhan ini, bersama kerinduan yang amat sangat pada anak-anak dan cucu-cucu sekelian, ayah dan bonda doakan semoga anak-anak serta cucu-cucu ayahanda dan bonda semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Ayah dan bonda janganlah dirisaukan, alhmadulillah sihat walafiat. Cuma akhir-akhir ini sedikit selesema, batuk-batuk, kepala pula kembali pening-pening. Mungkin faktor cuaca yang agak panas semenjak akhir-akhir ini. Bertahan sahajalah di rumah, insyaallah esok lusa baiklah tu. Ingin ke klinik pula tidak ada orang yang sanggup bawakan. Kalau sewakan teksi, banyak pula yang perlu dibayarnya.

Oh ye!! Itik dan ayam ayahanda semuanya sudah kembali rahmatullah. Dibaham ular sawa di malam hari direban usang itu. Sedang ayahanda dan bonda kesejukan di sebalik selimut koyak oleh kelamaan masa itu. Apalah kudrat tua yang ada pada ayahanda dan bonda untuk menghalang ular sawa sepemeluk besarnya itu. Hanyalah keharuan tanpa airmata. Bukan tidak sudi untuk menangis. Cuma airmatanya sudah tiada.

Tentang makan minum pula anakanda-anakanda sekelian janganlah risau. Beras usang lebihan tahun lalu masih banyak dalam simpanan. Air perigi masih jernih untuk diminum seperti anak-anak masih kecil dahulu. Ikan kering, ikan masin serta budu masih banyak dalam simpanan. Baunya masih semerbak seluruh rumah.

Maafkan ayahanda dan bonda sekiranya kehadiran email ini mengganggu kesibukan tugas anak-anak ayahanda dan bonda yang semuanya berpangkat besar. Siapa sangkakan. Anak-anak desa yang serba daif dahulunya kini berpangkat dan berjawatan besar. Sehingga kadang itu terlupa asal usulnya dari hanyirnya selut di sawah dan hamisnya lumpur di kandang kerbau serta dari semerbaknya "tahi getah" dalam tempurung.

Cuma harapan ayahanda dan bonda, sudilah kiranya anak-anak membaca email yang tidak seberapa ini dari ayahanda dan bonda "di hujung dunia" ini sebelum men"delete"kannya.

Tujuan ayahanda dan bonda hanyalah ingin men"forward"kan email yang ayahanda terima tempohari. Ada "rasa" bila ayahanda dan bonda membacanya. Mungkin ketuaan menyebabkan kami agak emosi dan sensitif.

Ini emailnya ;

HARAPAN IBU BAPA


“Kepada anak-anakku….”
Satu hari nanti apabila kamu melihat kami menjadi tua, lemah, pelupa dan tak bermaya…
Bersabarlah anak-anakku.
Jika kami makan dan mengotorkan…dan,
Kami tidak boleh memakai baju sendirinya….
Dan cuba memahami diri kami,
Bantulah kami dan ingatlah sewaktu kami memberi makan dan memakai pakaian kamu ketika masih bayi yang kecil…...
Jika kami bercakap dengan kamu , kami mengulanginya lagi benda yang sama janganlah tidak mempedulikan…
...tumpukan perhatian kepada kami.
Ketika kamu kecil kami membaca buku cerita yang sama sehingga kamu tertidur.
Jika kami tidak mahu mandi dan janganlah memalukan dan memarahi kami …..
Ingatlah ketika kamu kecil….kami menyuruh kamu mandi dan kamu memberi pelbagai alasan?
Kami tetap bersabar dengan kerenahmu wahai anak-anakku….
Jika ada benda-benda baru yang kami tidak tahu, ajarlah kami dengan lemah-lembut
Ingatlah kami telah banyak
Mengajar banyak perkara-perkara baru ketika kamu kecil…
Makan dengan cara yang betul,
Memakai baju dengan betul dan bersolat dan mengaji al quran ….
Jika kami tidak mahu makan.
Janganlah terlalu memaksa kami. Kami akan makan bila sampai masanya
Hulurkan tangan sewaktu kami tidak mampu berjalan seperti waktu kamu baru mula belajar berjalan
Janganlah kamu marah akan keadaan kami .
Kerana satu hari nanti kamu akan faham akan keadaan kami……
Sedekahkan al-fatihah sekiranya kami di alam barzakh. Doakan akan kesejahteraan kami setiap kali selesai solat

Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah dari hasil usaha kamu sendiri dan sesungguhnya kelahiran anak-anak kamu adalah dari hasil dari usaha kamu sendiri –Riwayat al bukhari

Kami sayang kamu semua,
Wahai anak-anakku..


Daripada
Ayah dan ibu..

Rasulullah s.a.w. Bersabda,
Baginda memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan Rasulnya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu.

Dari ayahanda dan bonda.
Bersama linangan airmata.
Semuanya bercampur dalam satu rasa yang tidak terucap oleh kata-kata.

Razak Nordin berpesan ; ................................

2 comments:

adanz said...

apa kurangnya dengan ayahnda yg juga sudah jauh berubah...
kalau dulu ayahnda hanya mengadap pokok getah dan sawah padang,
kini mula selepas subuh hingga hampir melenkan diri ayahnda asyik dengan blog pokokkayu dan juga fesbuk,
jika dulu ayahnda bangun pagi tercari2 bekas ubat nyamuk untuk dibawa menoreh,
kini yahnda marah marah kepada bonda sebab selalu lupa dimana letak broadband modem,
jika dulu ayahnda selalu bersembang pasal harga getah yg selalu menurun, padi2 yg banyak hampa,
tapi kini yang selalu meniti di bibir ayahnda yahoo messenger, skype, fesbuk, blogging, tagged, myspace dan juga netbook,
jika dulu rumah kita nak tgk lampu elektrik pun jarang2 sebab ayahnda selalu suruh berjimat letrik,
tapi kini ruma kita dilengkapi WIFI 24 jam....

apapun kami bertuah kerana mempunyai serang ayah seperti ayahnda!

genaaaaaaaaaaaaaa

ajaknordin said...

Huhuhu...ayahanda lupa nak habaq...anak angkat ayahanda yang tolong buat semuanya untuk ayahanda(sengaja ayahanda rahsiakan), dia buatkan email ayahanda..ayahanda tukang tulis je..kemudian dia tolong taip semula dan sentkan email ini...harap anak sendiri...membesar di laman orang....hampehhhhhh....maafkan ayahanda anak-anak semua....