Friday, February 5, 2010

Mungkin Kerana Rindu

"Abi!Abi!! Abi!!!, kakak nak kencing", along mengejutkan tidur saya sekitar jam 5 pagi tadi.

"Kencinglah, kan kakak pakai pampers", saya cuba membetulkan "kekeliruan" itu.

"Aaaaaaaaaaaaa", panjang getusnya tanda protes barangkali.

Untuk mengelakkan protes berpanjangan, saya cepat-cepat mendukungnya. Dengan hajat ingin membawanya ke tandas.

Ya Allah. Panasnya badan. Demam rupanya. Padan pun sekitar jam 3 pagi sebelum itu badannya menggigil-gigil macam kesejukan ketika dia mengejutkan saya buat kali pertama. Tetapi saya tidak perasan pula badannya panas.

Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya along bersetuju untuk memakan ubat walaupun dia sebenarnya bukan dalam kategori susah untuk makan ubat. Macam Abinya juga.

Dan kesudahannya.


Along terbungkam di birai tilam selepas memakan ubat bersama tuala basah penutup kepala yang terlerai bersama susu yang tidak sempat untuk dihabiskan. Semoga kakak cepat sembuh.

Dan saya menaipkan mesej ini ;

"Salam Ustazah, maaf ganggu pagi-pagi ni. Saya nak mintak izin bercuti hari ni. Anak demam. Isteri pula kursus. Saya pun tak boleh masuk meting konvo pagi ni, mintak jasa baik Ustazah untuk maklumkan masa meting nanti,tq".

Mesej tersebut kemudian dihantar ke nombor telefon Ketua Jabatan.

Selang beberapa ketika, mesej dari Ketua Jabatan "masuk".

"K, tq. Jaga diri", ringkas dan padat.

Tanda mesej diterima dan terima kasih , saya membalas ;

"K".

Razak Nordin berpesan ; Hidup ini banyak kemungkinan. Dan kemungkinan berada di mana-mana. Dan banyaklah kerja yang dirancang "terbengkalai" hari ini. Segalanya bersimpang siur dalam kepala separuh botak ini.

3 comments:

dba4624 said...

lor cuti ke...patot x ternampak pn..

dba4624 said...

along demam mungkin pnt meting p.i smlm..

ajaknordin said...

Sib baik ada blog ye walaupun hanya picisan yer..huhuhu..