Sunday, March 28, 2010

Toyota Innova Dijadikan Teksi Di Vietnam!!!!

Toyota Innova Dijadikan Teksi Di Vietnam.
Itulah yang telah diceritakan bapa mertua saya yang baru pulang melawat Vietnam kira-kira seminggu lepas. Katanya lagi, Toyota Innova yang dijadikan teksi tersebut pula diwarnakan hijau dan putih. 

Kalaulah betul seperti apa yang diceritakan, sebagai pemilik Innova, ada patutnya saya rasa terkejut walaupun sedikit. Kerana saya secara peribadi belum  pernah melihat di Malaysia yang dianggap maju ini menjadikan Innova sebagai teksi. Paling hebat pun proton wira walaupun ada juga jarang-jarang ditemui Mercedes dan Perdana V6 dijadikan teksi. Tetapi jumlahlah boleh dibilang dengan jari.

Cuma terfikir bagaimana negara Vietnam yang selalu dianggap ketinggalan itu boleh menjadikan Toyota Innova sebagai teksi di negara tersebut. Mungkinkah harga Toyota Innova di sana agak murah berbanding di Malaysia. Atau pemandu teksinya di sana terdiri dari golongan yang "mampu milik". Atau ada sebab-sebab lain yang tidak diketahui.  

Kalau dalam Ringgit Malaysia(RM), anda terpaksa membayar lebih kurang RM 144 ribu termasuk "interest' untuk memiliki sebuah Toyota Innova berbanding harga asalnya lebih kurang RM 110 ribu. Kira hebatlah juga pemandu teksi di Vietnam.

Entahlah. Saya tiada jawapan yang pasti.

Razak Nordin berpesan ; Jika anda ada jawapannya, kongsilah di sini. Saya sedang "keliru".

4 comments:

Unknown said...

dasat gak ngara vietnam nih ek..
mgkin sana innove murah tetapi mgkin harga proton dan perodua lebih dianggap mahal dan golongan berada saje yg menggunakan jenama proton dan perodua..
hehe.. terbalik la plak!!

Unknown said...

same gak kat India syeikh.. Suzuki swift yg Mawi menang AF tu..mcm tak de value jee

Unknown said...

kat india papadom je yg ade value...
hehehe...

rizal said...

innova adalah antara keluaran toyota berkos rendah yg dikhususkan utk pasaran negara membangun seperti asia tenggara -indonesia, vietnam, malaysia dll (ia tak ada kat jepun pun!). Sudah barang tentu innova di vietnam adalah antara kenderaan termurah di sana kerana ia tidak dijejaskan oleh struktur cukai yg melampau spt malaysia.. dan sepatutnya harga innova di negara kita cuma sekitar 50k atau lebih sikit je dari exora..!