Tuesday, June 29, 2010

Itukah Sunnatullah

Alhamdulillah.
Ketika saya menulis catatan ini, kelas bagi semester baru Sesi Jun@Julai  2010 telah baru berjalan hampir sehari setengah.

Semuanya nampaknya semacam begitu ghairah dan teruja sekali untuk memulakan semester baru ini. Kelihatannya bersemangat sekeras waja dengan langkah yang serba gagah itu. Lelaki dan perempuannya juga.

Cuma.
Cerita kepanasan bilik kuliah dan peluh memercik ketika kelas serta masih membasahi sebahagian anggota badan selepas kelas adalah antara "cerita-cerita dari bilik kelas" yang popular dalam tempoh sehari setengah ini. Itu baru cerita-cerita dari rakan-rakan sebelah menyebelah sesama jabatan. Sahabat-sahabat jabatan lain entahlah macam mana.

Saya memahami dan bersimpati terhadap diri sendiri dan juga rakan-rakan sekalian.

Bukan tidak bersyukur.
Cuma "terkilan" sikit sahaja.
Barangkali ramai sudah memaklumi bahawa kipas-kipas  yang sedia ada mungkin belum mampu memproses udara panas tersebut menjadi udara yang lebih nyaman dan menyegarkan.

Bagaimana mungkin dengan keadaan seperti itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan suasana yang cukup kondusif. Walaupun apa pun subjek yang diajar. Walau dari jabatan mana sekali pun ia datang. Darah mamalia tetap panas serupa.

Mungkinkah?
Mungkinkah ada alternatif untuk "kami-kami" melalui semester ini dan juga semester-semester berikutnya dalam keadaan yang lebih kondusif dan selesa? Kalau pun tidak banyak, mudah-mudahan ia akan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajar dan pelajar, Insyaallah kedua-duanya akan mendapat manfaatnya.

Itu pun kalau ada, kalau tidak ada, apalah yang mampu dikatakan.

Kalau itulah sunnatullah, apa lagi yang mampu saya perkatakan.

Kalau itulah mehnah dan takdirnya perjuangan di bidang ini, apalah lagi yang mampu diperjuangkan?

Sunnatullahkah ini semua?

Razak Nordin berpesan ; Saya memang benar-benar maksudkannya.

s.k- Wazir Pengajian A'la Fil Ard

Sunday, June 27, 2010

Lelucon Petang Ini







Jika anda perasan(?), siput b**i akan berhenti seketika selepas beberapa "langkah" berjalan-jalan, sambil-sambil menggerakkan sesungutnya. Kemudian meneruskan "langkah-langkah"nya kembali.

Kenapa ye?

Sebabnya.
"Sebenarnya" siput itu keliru.
Keliru sama ada "dia" seekor siput atau seekor b**i.

"Dia" berhenti seketika untuk berfikir dan kemudian meneruskan perjalanan apabila jawapannya masih belum ditemui.

Dan sehingga hari ini, siput b**i masih buntu dan keliru sama ada "dia" seekor siput atau b**i. Sebab itu perlakuan itu masih melekat sampai hari ini.

Masih lagi mengalami masalah krisis identiti. Sedang keliru dan mencari imej diri.

Kadangkala sesetengah manusia pun serupa itu juga.

Razak Nordin berpesan ; Entahlah.

Singgah Sebentar Menjamah Radix Pizza

Sambil menyelam minum air.
Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan bagi menceritakan apa yang berlaku semalam semasa kami sekeluarga ke Sungai Petani.

Pada mulanya, saya terpaksa ke Sungai Petani atas urusan "mendesak". Dan kesempatan itu saya bawakan bersama isteri dan anak-anak sebagai peneman sambil-sambil menyedut "udara segar" Lebuhraya Utara-Selatan.

Selesai urusan "mendesak" yang serba ringkas itu, sempatlah kami singgah-singgah menjamah pizza di Radix Pizza Sungai Petani. Sambil-sambil memenuhi hajat orang mengidam sama.
Sabar menanti..si kecik paling teruja kot....

Cabaran membawa anak-anak makan pizza...kebanyakkan alat bercirikan kaca...seriau dibuatnya...

Bismillah semua...Jemput rasa...

Aksi dan gaya tersendiri..

Selamat menjamah rezeki kurniaan Ilahi.

Razak Nordin berpesan ; Alhamdulillah....

Saturday, June 26, 2010

Harap-Harap "Tsunami" Itu Terus Melanda

"Tsunami" ini tidak mencetuskan gegaran dan ombak yang kuat sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan harta benda, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang malahan manusia-manusia juga.

"Tsunami" ini hanya mewujudkan "suasana baru" di Pusat Islam Luqman Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Barangkali inilah kali pertama tanpa sebarang paksaan atau terpaksa yang pernah saya temui, para penghuni kamsis memenuhi hampir tiga saf untuk solat maghrib berjemaah. Begitu juga dengan solat Isyak.

Dari pemerhatian rambang saya, rata-rata mereka adalah muka-muka baru  iaitu para pelajar semester satu yang baru mendaftar awal minggu ini.

Saya menyimpan harapan tinggi agar "tsunami" ini bukanlah sementara sahaja tetapi akan terus berpanjangan sampai bila-bila pun.  

Kerana tsunami ini tidak merosak dan memusnahkan. Tetapi "tsunami" ini diharapkan akan melahirkan fenomena baru kepada Pusat Islam Luqman Hakim, PTSS.

Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t. 
Semoga semangat "hangat-hangat tahi ayam" tidak terpakai di sini.

Kata orang.
Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir

Razak Nordin berpesan ; "Pelan". "Pelan". Sikit. Sikit. Jangan menekan sangat sehingga yang lembut menjadi pecah dan berkecai.

Thursday, June 24, 2010

Memerangkap Keindahan

Razak Nordin berpesan ; Indah di mata, harap-harap "indah" juga di hati.

Wednesday, June 23, 2010

Anda Stres???

Punca Stress
Masalah kewangan
Menunggu lama
Konflik rumahtangga
Kena buli
Rasa rendah diri
Penyakit fizikal
Kesesakan lalu lintas
Persekitaran yang tidak selesa
Tragedi.

Gejala Stres
Gelisah
Risau keterlaluan
Gangguan tidur
Kurang tumpuan kerja
Cepat marah.

Amalkan 10B
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata : Rilekslah..
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik(pokok kayu-yang bersesuaian)
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

Sumber ; Kementerian Kesihatan Malaysia.
Notis Klinik Kesihatan Arau

Razak Nordin berpesan ; Kita yang memilihnya.

Tiga Hari Tiga Cerita

Isnin.
21 Jun 2010. 
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menerima kehadiran warga barunya. Pendaftaran para pelajar baru berlangsung dengan jayanya di kafeteria kamsis PTSS. Khabarnya angkanya melebihi angka seribu orang.

Kereta-kereta yang "diparking" di padang bola. Kereta banyak, orangnya juga tentu ramai juga.

Kebetulan pula hujan turun mencurah-curah tanpa dijangka. Mungkin menjadikan padang tersebut becak sedikit dengan jumlah kereta yang banyak itu. 
Gambar-gambar yang diambil dari blok pejabat Jabatan Pengajian Am sekitar jam 12.35 tengahari.
Selasa
22 Jun 2010.
Hujan lebat melanda bumi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Gambar-gambar di bawah juga diambil dari pejabat JPA sekitar pukul 12 tengahari lebih sedikit.
Rabu
23 Jun 2010.
Berlangsungnya Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) ) Peringkat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Majlis berlangsung di Dewan Harum Manis pada jam 9.15 pada dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi.  

Majlis pelancaran oleh Tuan Pengarah PTSS Tuan Hj Md Noor bin Baharom
Logo pertama 5S PTSS yang juga telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah PTSS.

Razak Nordin berpesan ; Ada peristiwa terakam dalam tulisan dan kata-kata. Ada peristiwa hanya terakam dalam memori dan kenangan semata. "Dibawa" sepanjang  hidup.

Radix Fried Chicken(RFC) Baru Dibuka Di Seriab Kangar.

Malam tadi, kami sekeluarga sempat berkunjung ke Radix Fried Chicken (RFC) yang baru dibuka di Seriab, Kangar.

Restoran 2 tingkat yang sedia menanti kunjungan semua. Sama ada ahli-ahli HPA dan juga penggemar-penggemar ayam goreng serta pelbagai menu lain.

Bersama ini saya sempat sisipan beberapa keping gambar tatapan.  
Restoran dua tingkat bersebelahan Unimap Seriab. Berhampiran Burger Cafe. Sebelah kiri jalan jika dari Alor Setar ke Kangar. Lebih kurang setengah kilometer dari "fly over" terakhir. Dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perlis pada 30 Jun 2010.
"Taman permainan" untuk anak-anak bermain sambil makan-makan 
 
Surau lelaki dan perempuan. Khas untuk pengunjung muslim. Makan-makan juga, solat jangan lupa.
Sesekali melanggar pantang!!!!

Razak Nordin berpesan ; Produk halal tanggungjawab bersama.

Monday, June 21, 2010

Kepanasan Itu Belum Lagi Api

Seperdua Malam Tadi
"Abang, abang, kenapa panas ni",  kejut isteri saya seperdua malam tadi ketika saya seperti biasa sedang diulit mimpi-mimpi meletihkan yang tidak sudah-sudah itu. Dia pun mamai, saya pun mamai juga.

"Oo, takdok letrik kot", jawab saya ringkas dalam keadaan separuh mamai itu, sambil "meninjau keadaan sekeliling". "Klunya" agak mudah. Tandas gelap kerana terpadam lampunya dan penghawa dingin pula kehilangan "warna hijaunya" kerana terputus "karan"nya.

Selepas benar-benar stabil, baru saya perasan bahawa udaranya ada sedikit kehangatan. Cumanya, tidaklah terlalu hangat kerana sisa-sisa kedinginan tadi masih sedikit berbaki.

Termenung seketika bagi memastikan pengaliran darah menjadi lancar.

Jam di dinding sekitar jam 2 pagi.

Bermakna lambat lagilah siang akan tiba. Entah pukul berapa "karan" mula terputus saya pun tidak pasti. Keletihan melayan mimpi-mimpi "bengong" mungkin menyebabkan saya tidak "perasan" pun apa yang sedang berlaku.  

Sudahnya.

Semua terbangun "secara sengaja" dan juga "secara tidak sengaja".
Mula-mula kami berdua.
Kemudian si kakak menyusul setelah agak lama juga isteri saya mengipas-ngipas anak-anak yang dalam kehangatan itu. 
Dan akhirnya si Razin pula terjaga.
Kami sama-sama berjaga dalam tempoh yang "agak lama" juga. Jika dinisbahkan dengan "panjangnya" malam untuk tidur dan berehat itu.   

Saya keluar dari bilik mencari lokasi yang "lebih selesa". Sekejap di sofa di ruang tamu, sekejap lagi mengintai di jendela. Bersilih ganti mencari "damai" di seperdua malam itu.  Rimas dan menggelisahkan juga.

Suasana di kuarters agak "gelisah" juga dalam sedikit kehangatan itu. 

Apa tidaknya .
Sekitar jam 2 pagi lebih itu, banyak juga kereta yang keluar mencari kedinginan pagi barangkali. Bukan sebuah tetapi lebih dari satu banyaknya.  Mungkin cuba lari dari kehangatan sementara itu. Sementara sahaja.

Sementara isteri masih setia mengipas-ngipas anak-anak di bilik, saya gelisah sambil berlegar-legar di ruang rumah menanti-nanti bilakah "karan" akan bersambung semula.

Saat berganti minit.
Minit berganti jam.
Tetapi "karan" belum lagi "hidup".

Jam di dinding sudah melangkaui pukul 3. 30 pagi lebih.

Kepala saya  mula "hanyut".  

Dalam keterpaksaan itu, berbekalkan sedikit kedinginan penghawa dingin yang masih berbaki itu, saya gagahkan jua untuk melelapkan mata ketika anak-anak masih "sembang-sembang" sesama mereka. Disuruh tidur tidaklah mau, akhirnya saya terbuai layu yang entah bila ketikanya.

"Abi, lampu dah nyala", kata kakak mengejutkan lena saya. Baru saya perasan kipas sudah mula berpusing. Tidak pasti sama ada si kakak belum lagi tidur atau dia baru terjaga sekali lagi dari tidurnya.

"Ok", jawab saya ringkas, kemudian menyambung tidur. Entahlah pukul berapa ketika itu. Tidak berapa penting sangat pada saya.

"Pelik jugak. Selalunya Abang yang amat sentitif dengan kepanasan, ini Umi yang jaga dulu",  ujar isteri saya pagi tadi ketika kami bersiap-siap untuk datang bekerja pagi tadi.

Seperti dijangka.
Ketiadaan bekalan eletrik awal pagi tadi menjadi antara topik separuh hangat pagi tadi.

Separuh hangat yang mengganggu lena ramai orang di awal pagi itu.
Separuh hangat yang mengejutkan anak-anak kecil  dari mimpi-mimpi indah mereka.
Separuh hangat yang memaksa sebahagian orang untuk keluar mencari kedinginan.

Separuh hangat yang bersifat sementara.
Tetapi yang sementara itu telah menghuru-harakan penghuni-penghuni di kalangan manusia itu.  

Sedangkan hangatnya hanya sementara.
Sedangkan hangatnya itu belum lagi api.
Sedangkan kalau pun ianya api, api itu baru api dunia.
Sedangkan kehangatan ini, boleh lagi lari-lari.
Mencari dingin di tempat lain.

Bagaimana kepanasan "di sana" ye???
Putus yang tiada sambungnya lagi.
Dan tentunya tidak boleh lari-lari lagi. 
"Jalan tutup" tanpa alternatif. 

Untuk aku dan engkau yang bergelar manusia, hamba-hamba-Nya.
"Pukul berapa api takdok ye", tanya Amie ketika kami bersembang pasal "keputusan api" awal pagi tadi.

"Pukul 12.30 sampai jam 4.00 pagi", jawab Hasni ringkas sambil mengesahkan pertanyaan Amie.

"Oo..lamanya, macam mana aku boleh tak perasan", saya hanya bermonolog dalam diri.

Razak Nordin berpesan ; Penghawa dingin tanpa tenaga elektrik, tiada gunanya juga. Itulah simboliknya.

Sunday, June 20, 2010

Bukan Sekadar Berita

Antara terkejut dengan tidak.

Saya tidak memilih kedua-duanya. Tetapi saya memilih "sedikit terkejut" dalam dunia yang semakin tidak pelik ini apabila membaca berita di bawah :-


Maaf! Imej agak kabur.
Dipetik dari Harian Metro milik Mertuaku. Sabtu, 19 Jun 2010, halaman 70.

JOHANNESBURG : Seorang lelaki yang ingin menonton program Piala Dunia mati dipukul keluarganya di kediamannya di timur laut Afrika Selatan.
David Makoeya, 61, dari Makweya, Limpopo bergaduh dengan isteri dan dua anaknya kerana mahu menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Jerman menentang Australia, manakala isteri dan dua anaknya ingin menonton program keagamaan.
Menurut sumber polis, Makoeya yang menukar rancangan televisyen dibelasah isterinya Francina, 68. dan dua anak mereka, Collin, 36 dan Lebogang, 23.
"Mangsa dipercayai mati selepas kepalanya dihentak ke dinding," kata sumber itu.
-Agensi.
Razak Nordin berpesan ; Bukan sekadar berita. Baca, berfikir dan renunglah dengan mata hati. Mungkin ada banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat. Dan saya tidak bersedia untuk menyenaraikannya satu persatu.

Saturday, June 19, 2010

Coretan Buat Sahabat-Sahabat

Insyaallah.
Bermula minggu depan politeknik-politeknik seluruh malaysia akan menerima lagi pendaftaran pelajar - pelajar baru bagi Sesi Julai 2010.

Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sedang menabur bakti dan memerah keringat di politeknik seluruh Malaysia yang saya kenali dan juga yang pernah mengenali diri saya.

Sahabat-sahabat di :-
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Politeknik Kota Kinabalu Sabah.
Politeknik Sandakan, Sabah.
Politeknik Port Dickson, Seremban, Negeri Sembilan.
Politeknik Kota Melaka, Melaka.
Politeknik Merlimau, Melaka.
Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak.
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.
Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.
Polimas, Jitra, Kedah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali ke "medan dan kelapangan" masing-masing untuk meneruskan "perjuangan" yang belum selesai ini.

Kepada yang masih bercuti, walau di mana sahaja anda berada.
Selamat menghabiskan baki cuti masing-masing.
Semoga lebih "ceria" apabila kembali bertugas nanti.

Kepada yang tidak bercuti atau "tidak sempat" bercuti.
Selamat kembali dengan rutin yang kembali padat dan mungkin memenatkan.

Saya tahu banyak hati-hati yang kecewa dan jauh hati kerana pelbagai sebab. Tetapi apakan daya, selagi kita di "bumi" ini, setakat itulah barangkali "hak" kita.

Orang selalu berkata " Jangan ditanya apa yang negara bagi kepada anda, tetapi tanyalah apa yang anda berikan kepada negara".

"Apa yang ditanam, itulah yang kita dapat". Betul ke boleh dipakai dalam semua situasi hidup.

Masih relevenkah ungkapan-ungkapan di atas.
Saya tiada jawapannya.

Jawapannya mungkin ada pada sahabat-sahabat yang pernah meluahkan rasa hati mereka sama ada di facebook dan juga melalui perbualan-perbualan secara tidak formal.

Buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang pernah dan sedang kecewa serta jauh hati.
Selagi boleh bertahan, bertahanlah.
Selagi mampu, berbaktilah.

Kerana bukan semua kecewa dan jauh hati boleh diluahkan dengan kata-kata dan juga dalam bentuk perkataan atau tulisan. Dalam banyak keadaan, diam itu lebih baik dari meluahkannya.

Buat semua sahabat.
Sama ada yang selesa dan bahagia dengan apa yang ada.
Sama ada yang sedang kecewa dan terluka hatinya.
Sama ada tidak kisah pun apa nak jadi.

Terimalah :-
Semoga ada sinar buat kita semua. Ameen.

Razak Nordin berpesan ; Hanya jauhari mengenal manikamnya.

Friday, June 18, 2010

"Singgah" Sekejap Di Kota Bharu



Razak Nordin berpesan ; Sesekali "melonggarkan" urat saraf.

Mengucapkan Alhamdulillah Apabila Sendawa ;- Taboo Atau Realiti

Maaf kerana saya masih "menulis" (copy & paste) tentang perkara kecil tapi BESAR pada pandangan saya. Kerana saya betul-betul yakin bahawa ilmu dan maklumat juga akan berkembang dan bercambah dengan perkongsian.

Kerana.
Perkara ini mungkin semacam sudah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat kita. Bila sendawa, terus mengucapkan alhamdulillah.

Kalau tidak salah ingatan, pertama kali saya "terbaca" tentang perkara ini adalah dalam buku kecil yang ditulis oleh Dr Fatma AzZahra di Pusat Islam PTSS lama dulu. Antara lain dia menyebutkan tentang kesilapan kebanyakkan orang menyebut perkataan alhamdullillah apabila sendawa.

Tetapi sayangnya juga saya telah melupai tajuk buku kecil tersebut dan tidak mengetahui di mana ia berada sekarang untuk dirujuk semula. Tetapi sedikit ingatan itu masih ada.

Betul Ke?

Mari sama-sama kita baca dan teliti sisipan-sisipan yang saya kepilkan di bawah.

Sisipan 1
Tanya: Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu, saya mau nanya, apakah ada hadist, jika seseorang sendawa (glege'en, jawa) mengucapkan Alhamdulillah, apalagi biasanya setelah makan, sekian syukron. (Zaini)

Jawab: Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Sebagian ulama menyebutkan bahwa tidak diketahui dalil yang menunjukkan disyari'atkannya mengucapkan alhamdulillah setelah sendawa/gloge'en/ الجشاء padahal sendawa ada di zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, oleh karena itu yang sesuai dengan sunnah justru meninggalkannya

Kalau dilakukan kadang-kadang tanpa meyakini itu disyariatkan maka tidak mengapa, tapi kalau dilakukan terus-menerus maka ini bukan termasuk sunnah..

Berkata Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah:

وأما الحمد عند التجشؤ فهذا أيضاً ليس بمشروع؛ لأن الجشاء معروف أنه طبيعة بشرية، ولم يقل النبي عليه الصلاة والسلام: إذا تجشأ أحدكم فليحمد الله. أما في العطاس فقد قال: (إذا عطس فليحمد الله) وفي الجشاء لم يقلها. نعم لو فرض أن الإنسان مريض بكونه لا يتجشأ فأحس بأنه قدر على هذا الجشاء فهنا يحمد الله؛ لأنها نعمة متجددة.

"Adapun mengucapkan alhamdulillah ketika sendawa maka ini tidak disyari'atkan, karena sendawa -sebagaimana yang dikenal- adalah tabiat manusia, dan nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah bersabda: Jika salah seorang dari kalian sendawa maka hendaklah memuji Allah. Adapun ketika bersin maka beliau bersabda: Jika salah seorang dari kalian bersin maka hendaklah memuji Allah. Dan beliau tidak mengatakan ini pada sendawa.

Iya, seandainya seseorang sakit karena tidak bisa sendawa, kemudian dia merasa sekarang bisa sendawa maka dalam keadaan seperti ini memuji Allah, karena ini ini adalah kenikmatan baru" (Liqa Al-Babil Maftuh )

Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidhahullahu juga pernah ditanya tentang masalah ini, maka beliau menjawab:

لا يوجد شيء يدل عليه، لكن كون الإنسان يحمد الله على كل حال، وأن هذا الشبع الذي حصل له من نعمة الله عز وجل لا بأس بذلك، لكن كونه يعتقد أن هذا أمر مشروع في هذه المناسبة، فليس هناك شيء يدل عليه فيما أعلم.

"Tidak ada sesuatupun (dalil) yang menunjukkan hal ini, akan tetapi jika seseorang memuji Allah dalam setiap keadaan, dan bahwasanya rasa kenyang yang dia rasakan adalah termasuk nikmat Allah maka tidak mengapa. Akan tetapi kalau dia berkeyakinan bahwa ini disyari'atkan dalam keadaan seperti ini maka setahu saya tidak ada sesuatu (dalil) yang menunjukkannya" (Diantara pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepada beliau ketika mensyarh Sunan Abi Dawud, Kitab Al-Hudud, Babul Hukm Fii Man Sabban Nabiyya shallallahu 'alaihi wa sallam )

Berkata Syeikh Bakr Abu Zaid rahimahullah:
الحمد لله :أي : التزامها بعد الجشأ ، ليس سنة .
"Alhamdulillah, kalau diaamalkan terus-menerus setelah sendawa maka bukan termasuk sunnah" (Mu'jam Al-Manahi Al-Lafdhziyyah hal: 237, Darul 'Ashimah).

Wallahu ta'ala a'lam.

Sisipan 2
Hukum Mengucapkan “Alhamdulillah” Setelah Sendawa dan Berta’awwudz Setelah Menguap
Fiqh semasa

Topik bid’ah sudah banyak dibahaskan. Maka penulis hanya meringkaskan sahaja maksud sebenar bid’ah. Al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi rahimahullah (790H) dalam kitabnya yang masyhur berjudul al-I’tishom dimana kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling tepat.Secara kesimpulannya bid’ah hasanah hanyalah dari segi bahasa bukan pada istilahnya iaitu hanya membabitkan perkara duniawi. Ini yang menyebabkan berlakunya salah faham di kalangan masyarakat tentang istilah bid’ah dengan apa yang dimaksudkan oleh para tokoh tersebut seperti al-Imam al-Syafi’i rahimahumullah (204H) dan al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam rahimahullah (660H) adalah jauh berbeza dengan apa yang mereka fahami.

Malah Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan bahawa tiada istilah bid’ah hasanah begitu juga pandangan Dr Said Ramadhan al-Buthi. Beliau menyatakan:

Mereka yang membahagikan Bid'ah itu kepada beberapa bahagian seperti al-Nawawi dan selainnya, sesungguhnya mereka itu memaksudkan bid'ah dari sudut bahasa. iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru yang tidak pernah ada sebelumnya. Inilah makna ibda' (bid'ah) dengan maksudnya yang umum. Ia seperti yang dikehendaki di dalam hadis: "Barangsiapa yang menunjukkan satu sunnah yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya..." Al-Hadis.

Manakala Bid'ah menurut syarak dan istilah, iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam urusan agama yang tidak wujud sebelumnya. Ia tidak terbahagi kepada hasanah (baik) atau saiyiah (buruk). Bahkan bid'ah dalam agama sentiasa saiyi'ah (buruk). Ini berbetulan dengan sabdaan s.a.w.: "Setiap Bid'ah itu dhalalah..." [1]

Penulis lebih setuju dengan pandangan bahawa tiada istilah bid’ah hasanah. Sebelum itu perlu diperingatkan bahawa bid’ah hanya merangkumi amal ibadah sahaja kerana ulama’ Ahlu sunnah Wal Jama’ah sudah menetapkan kaedah iaitu:

‘Al-Ashlu fil Ibadah al-Haram Illa Ma Dalla ad-Dalil ‘ala Amrihi

Iaitu “hukum asal dari ibadah adalah haram kecuali ada dalil yang memerintahkan”.Berbeza pula dengan kaedah dalam muamalah yakni:

‘Al-Ashlu fil muamalh al-Ibahah Illa ma dalla ad-Dalil ‘ala khilafihi

Iaitu “ hukum asal di dalam muamah adalah boleh kecuali ada dalil yang menyelisihnya”. [2]

Maka dari kaedah tersebut sudah jelas bahawa setiap ibadah adalah dilarang daripada melakukannya melainkan ada dalil yang membolehkannya melainkan dalam urusan hidup manusia seperi jual beli,makan,minum,pakaian dan pelbagai lagi.Jika kita lihat hadis “Kullu Bid'ah Dhalalah” tersebut iaitu kalimah “Kullu” (Setiap). Ianya merujuk pada semua bukan sebahagian atau separuh. Kalimah tersebut jika dilihat pada surah Al-Anbiyaa' 35 ,Allah berfirman yang bermaksud:

"Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.."

Kalimah kullu pada ayat tersebut hanya mambawa maksud SEMUA yang hidup akan mati. Maka jelas kedudukan kalimah tersebut mempunyai konsep yang sama dengan hadis tersebut. Dari situ kita dapat lihat tiada dua istilah bid’ah dalam masalah tersebut.Ianya merangkumi semua bukan sebahagian. Maka pandangan seperti Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi adalah tepat bagi penulis.

Berbalik pada topik utama tersebut dimana ada pertanyaan terhadap Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin tentang hukum mengucapkan “Alhamdulillah” setelah sendawa dan berta’awwudz setelah menguap. Beliau menyatakan:

Orang awam,bila bersendawa ada yang mengucapkan kalimah ‘alhamdulillah’, padahal tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sendawa menuntut ucapan hamdalah. Begitu pula bila menguap ada yang mengucapkan, ‘a’udzu billahi minasy syaithanir rajim’. Semua ini tidak ada dalilnya,tidak pernah disebutkan bahawa Nabi SAW melakukan itu. Bila ada yang mengatakan, “Bukankah sendawa itu suatu nikmat, sementara nikmat itu menjadi hak Allah untuk untuk dipuji?” Kami katakana, memang benar itu nikmat,tapi tidak ada contoh seperti itu dari Nabi SAW bahawa beliau meengucapkan hamdalah ketika sendawa. Jika hal itu tidak dicontohkan bererti tidak disyariatkan. Demikian berdasarkan kaedah yang dkenal oleh para ulama, iaitu bahawa segala sesuatu yang ditemukan penyebabnya pada masa Rasulullah SAW, namun beliau tidak melakukannya,maka itu bukan sunnah,kerana perbuatan Rasulullah SAW adalah sunnah. Sementara meninggalkannya( hal yang tidak dilakukan oleh Rasulullah padahal sebabnya ada saat itu) adalah sunnah.Sendawa itu ada pada masa Rasulullah SAW, namun beliau tidak mengucapkan hamdalah.Jadi meninggalkan hamdalah saat sendawa adalah sunnah, begitu pula meninggalkan ta’awwudz ketika menguap.

Mungkin ada yang mengatakan,bahawa Rasulullah SAW telah mengatakan bahawa menguap itu dari syaitan,sementara Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan jika syetan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah” [Fushshilat:36]

Kami katakana bahawa yang dimaksudkan dengan ayat (Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu gangguan) adalah bila engkau hendak berbuat maksiat atau hendak meninggalkan suatu kewajipan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah, kerana ajakan berbuat keji itu berasal dari syaitan, sebagaimana firmanNya:

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir).”[ Al Baqarah:268]

Jika terjadi gangguan ini maka memohonlah perlindunagn kepada Allah. Adapun tentang, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Menguap itu berasal dari syaitan.Maka jika salah seorang kalian menguap, hendaklah menahannya semampunya. Bila tidak mampu,maka hendaklah menutupkan tangannya ke mulutnya” [HR, al-Bukhari,(3289, Muslim(2994,2995).]

Dalam lafaz lain disebutkan”

“…maka hendaklah menutupkan tangannya ke mulutnya”

Beliau tidak mengatakan, ‘bila salah seorang kalian menguap maka hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, walaupun beliau mengatakan,”Menguap itu berasal dari syaitan”.Hal ini menunjukkan bahawa memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk (mengucapkan ta’awwudz) ketika menguap bukanlah sunnah.[Liqa’ al-Bak al-Mabtuh, 22/23, Syaikh Ibnu Utsaimin] [3]

Rujukan:

Majalah I Disember 2008 “ Perlukah Bicara Sola Bidaah” oleh Ibn Yusof.

Ensiklopedia Bid’ah m/s 366 & 367 “Kumpulan Fatwa: Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Lajnah daimah Lil Buhuts al-illmiyah wal Ifta’, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin dan Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan.”


Razak Nordin berpesan ; Dan seperti biasa.  Ruang diskusi dibuka dengan rasminya. Silakan.

Larangan Berbual Semasa Makan ; Taboo Atau Realiti

Maaf.
Ketegangan leher yang masih berlarutan ini tidak mengizinkan saya untuk mengulas panjang tentang tajuk ini.

Walaupun begitu, sebagai permulaan, saya merasakan bahawa ada "keperluan segera" untuk mendapatkan beberapa artikel "yang bersanad" berkaitan bagi tujuan rujukan dan penilaian bersama. Saya gagahkan diri jua, mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita semua walaupun hanya sedikit cuma.

Seingat saya, semenjak kecil, "kami", saya dan mungkin juga anda selalu diberitahu dan diajar oleh orang-orang tua supaya jangan bercakap-cakap semasa makan. Tidak baik katanya.

Allah s.w.t. murka.
Nabi pun s.a.w. pun melarangnya.

Dalilnya.
"Kalau orang tua-tua cakap dengar jelah, jangan banyak soal", antara ayat popular yang tidak pernah "dianugerahkan" itu.

Dan sebagai kanak-kanak, dengar dan patuh dengan kata-kata orang-orang tua adalah pilihan terbaik  ketika itu. Dan saya menerima dan memegang kebenaran itu agak lama juga sehinggalah beberapa ketika dahulu saya terjumpa satu artikel yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. menganjurkan berbual-bual semasa makan berjemaah kerana ia boleh mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang bersama semasa makan-makan itu. Logik akalnya ada walaupun bukan semua perkara agama boleh menggunakan logik akal manusia.

Sayangnya saya sudah terlupa di manakah saya pernah terbaca secara tidak sengaja itu. Dan bermulalah pegangan saya terhadap nasihat orang-orang tua itu mula longgar sedikit-sedikit. Sambil-sambil saya mencari kebenaran tentang perkara tersebut.

Bersama ini saya "kepilkan"  beberapa sisipan dari blog-blog yang telah mengemukakan dalil-dalil yang dirujuk bagi menguatkan hujah masing-masing.

Tidak semestinya anda mesti menelan bulat-bulat hujah-hujah yang diberikan tetapi sekurang-kurangnya ruang perbincangan terbuka kepada perkara kecil tapi BESAR ini.

Supaya terlerailah masalah kecil tapi BESAR ini :-Larangan Berbual Semasa Makan ; Taboo Atau Realiti.

Sisipan 1
Bercakap ketika makan
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, "Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam "Bab memuji makanan". Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan." (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Sisipan 2
Anjuran makan sambil bicara

Selama ini, di sebagian daerah bila ada orang makan sambil bicara dianggap tabu. Sudah saatnya anggapan demikian kita hapus dari benak kita, sunnah Nabi menganjurkan makan sambil bicara. Hal ini bertujuan menyelisihi orang-orang kafir yang memiliki kebiasaan tidak mau berbicara sambil makan. Kita diperintahkan untuk menyelisihi mereka dan tidak menyerupai mereka dalam hal-hal yang merupakan ciri khusus mereka.

Ibnul Muflih mengatakan bahwa Ishaq bin Ibrahim bercerita, “Suatu ketika aku makan malam bersama Abu Abdillah yaitu Imam Ahmad bin Hanbal ditambah satu kerabat beliau. Ketika makan kami sedikit pun tidak berbicara sedangkan Imam Ahmad makan sambil mengatakan alhamdulillah dan bismillah setelah itu beliau mengatakan, “Makan sambil memuji Allah itu lebih baik daripada makan sambil diam.” Tidak aku dapatkan pendapat lain dari Imam Ahmad yang secara tegas menyelisihi nukilan ini. Demikian juga tidak aku temukan dalam pendapat mayoritas ulama pengikut Imam Ahmad yang menyelisihi pendapat beliau di atas. Kemungkinan besar Imam Ahmad berbuat demikian karena mengikuti dalil, sebab di antara kebiasaan beliau adalah berupaya semaksimal mungkin untuk sesuai dengan dalil.” (Adab Syariyyah, 3/163)
http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/adab-adab-makan-seorang-muslim-6.html
Sekecil mana pun, semoga ada manfaatnya.

Razak Nordin berpesan ; Ada "benda" kecil yang pernah memusnahkan manusia. Seekor nyamuk kepada Raja Namrud dan nyamuk aedes penyebab penyakit denggi yang telah meragut banyak nyawa manusia.

Thursday, June 17, 2010

Kolukium Oh Kolukium

Siang tadi, di sebelah paginya saya sempat hadir ke kolukium pertama yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang telah diadakan di Dewan Selasih, Pauh Inn, PTSS.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelidikan dan Inovasi serta jawatankuasanya kerana berjaya menganjurkan kolukium yang julung kali diadakan itu. Sudah tentu selepas ini akan menyusul kolukium-kolukium yang berikutnya.

Tahniah juga kepada semua pembentang yang berjaya membentangkan kajian-kajian serta dapatan-dapatan masing-masing siang tadi.

Tahniah sekali lagi.
Hebat.
Hebat.
Hebat.

Insyaallah, untuk kolukium yang akan datang, saya akan cuba pastikan bahawa salah seorang dari para pembentang itu adalah saya.

Saya cuba.

Sedikit "kekurangan"!!!

Kalaupun ada sedikit "kekurangannya" adalah jumlah hadirin dan hadhirat yang hadir untuk menadahkan telinga. Terlalu kurang jika dibandingkan dengan  jumlah kerusi yang disediakan dan juga keluasan dewan tersebut. Mungkin sesuatu boleh dilakukan oleh pihak penganjur untuk kolukium yang akan datang.

Pengalaman kali ini amat berharga untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kolukium yang akan datang.

Apa pun.
Tahniah untuk semua.
Pihak penganjur.
Para pembentang.
Serta para pendengar yang sudi hadir.

Razak Nordin berpesan ; Untuk kolukium kali pertama saya bagi tiga bintang untuk Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Air Kosong Penawar!!!!


Anda percaya bahawa air kosong adalah penawar pelbagai jenis penyakit?


Percaya atau tidak.
Mencuba petua di bawah bukanlah sesuatu yang merugikan masa, tenaga dan wang ringgit juga.

Keadaan kesihatan yang selalu sangat tidak menentu menyebabkan saya selalunya amat teruja apabila menjumpai tulisan atau maklumat yang berkaitan dengan kesihatan.

Kali ini saya sempat salinkan tanpa sebarang pindaan termasuk imbuhan dan sebagainya kecuali dinyatakan dan "tampalkan" di sini untuk perkongsian kepada sesiapa yang ingin mencuba.
Sama ada yang masih sihat atau yang sedang diuji oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai jenis penyakit.

Marilah mencuba bersama saya.
Semoga ada kesembuhan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Air Kosong Penawar Pelbagai Jenis Penyakit

Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. (pokok-kayu-cuma ayat ni sahaja agak kurang faham sikit-ada sesiapa boleh bantu)

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Razak Nordin berpesan ; Berbeza makan dan minum pada bacaan Bismillah.

Apabila makan, cukuplah bacaan Bismillah pada permulaannya sahaja.

Tetapi apabila minum, bacaan Bismillah hendaklah dibaca setiap kali memulakan tegukan baru kerana air bersifat hidup.
Selamat mencuba.

Wednesday, June 16, 2010

Dan Kerana Suaminya Umar Al Khattab






Musim cuti sekolah sudah masuk pertengahan minggu kedua.

Dan seperti biasa, setiap kali musim cuti sekolah, banyaklah majlis akad nikah berlangsung dan meratalah majlis kenduri-kenduri kahwin.
Sini kenduri.
Sana kenduri.
Dekat kenduri.
Jauh pun kenduri.

Di kampung saya, musim cuti sekolah cukup sinonim dengan istilah musim "berlaga pusat". Entahlah dari mana munculnya istilah itu. Tetapi istilah penuh simbolik itu sudah difahami benar maksudnya.

Tanam pinang rapat-rapat,
Agar puyuh tak dapat lari,
Masuk meminang sudahlah dapat,
Sampai masanya majlis akad, pengikat dua hati.

Maka.
Berkompanglah.
Belaraklah.
Berkendurilah.
Berpelaminlah.
Berkonvoilah.

Dan.
Menjadi korbanlah.
Lembu.
Kerbau.
Kambing.
Ayam.
Ikan.

Ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan pula datang bertandang.
Yang dekat
Dan yang jauh juga.

Sini riuh.
Sana pun riuh.
Sana gelak.
Sini pun gelak.
Sini seronok.
Sana pun seronok.
Kegembiraan terpancar di mana-mana.

Pelbagai ucapan mendoakan kebahagiaan dan baik-baik sahaja untuk pasangan pengantin baru.

"Semoga bahagia hingga ke akhir hayat"
"Semoga bahagia selalu"
Dan macam-macam ucapan lagi. Motifnya hanya satu. Mendoakan hanya yang terbaik untuk pasangan pengantin baru.

Dan statistik di bawah akan bertambah secara mendadak setiap kali musim cuti sekolah. Rasa sayalah.
Semuanya mengharapkan panas sampai ke petang. Rupanya ada yang "hujan panas, ribut petir dan halilintar" tiba-tiba muncul di tengahari. Pelamin angannya musnah sebelum sempat "kendaranya" selesai.

Yang masih bertahan. Semoga terus bahagia dengan segala limpah perkenan Ilahi jua. Nelayan yang mahir dengan ombak dan gelora laut tidak lahir dalam sehari dua. Jatuh, rebah dan bangun semula. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Sehari satu pengalaman, semuanya itu diharap dapat mematangkan dalam menjalani bahtera kehidupan.

Statistik di bawah cukup membimbangkan dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini. Semoga pasangan yang masih dalam ikatan perkahwinan tidak termasuk dalam statistik di bawah.

Semenjak tahun 2002 hingga 2008, statistik perceraian negeri-negeri di Malaysia tidak pernah menurun, malahan sentiasa meningkat. Cumanya dalam statistik ini tidak dijelaskan secara ditil punca-punca sebenar bertambahnya statistik di bawah saban tahun.

Entahlah puncanya.
Tetapi ia menuntut rasa peduli semua kita.
Orang-orang yang masih ada rasa kepedulian terhadap masalah ummah sejagat. Kerana bukankah kita umpama satu jasad yang turut marasai demam dan berjaga malam apabila satu anggota lain demam dan sakit?

Kerana.
Mereka mungkin.
Sahabat handai kita.
Rakan taulan kita.
Kenalan dekat dan jauh kita.
Bekas anak-anak didik kita.
Jiran-jiran kita.
Saudara mara kita.
Adik beradik kita.
Saudara seagama kita.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 
Kisah Umar Al Khattab
Diceritakan bahawa ada seseorang datang ke rumah Khalifah Umar Al Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri khalifah sedang mengangkat suara mengata nista khalifah sedangkan khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah pun.

Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh khalifah seraya bertanya kepadanya

"Apa hajatmu datang ke mari?"
Jawabnya : " Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"
Tanya Khalifah : "Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?"
Kata orang itu lagi : "Sebenarnya saya datang sini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami masib yang sama seperti saya."

Berkata Khalifah Umar :
"Wahai saudara ku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaian dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja,"

Kata orang itu pula : " Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga wahai Amirul Mukminin!"

Maka berkata Amirul Mukminin lagi :

"Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu".

Mungkinkah kisah Umar Al Khattab ini memberikan kita semua salah satu jalan untuk menurunkan statistik di atas?

Paling tidaklah.
Mudah-mudahan.

Kerana semua orang seronok hidup bahagia dan harmoni.

Razak Nordin berpesan ; Muhasabah untuk diri sendiri, suami-suami dan juga bakal-bakal suami. Ameen.