Friday, May 7, 2010

Nasihat Minggu Ke 15

"Kalau pembentangan mengenai isu-isu semasa, kamu kena masukkan lebih banyak gambar yang "menceritakan baik dan buruknya" supaya pembentangan itu lebih menyentuh orang yang melihatnya, kalau setakat perkataan sahaja mungkin kurang berkesan".

"Kalau cerita pasal dadah ke, pasal rempit ke, pasal ragut ke, pasal keruntuhan akhlak ke dan apa-apa sahajalah yang berkaitan, tunjukkan gambar-gambar yang menggerunkan yang pernah  terjadi akibat daripada perbuatan-perbuatan tersebut. Saya rasa itu lebih berkesan".

"Tunjukkan video-video peragut aksiden ke dan sebagainya lagi. Video si rempit pecah kepala ke, putus tangan dan kaki ke dan sebagainya lagi. Kalau ada statistik masukkan sekali".

"Kalau pun tidak semua orang terkesan, mungkin ada hati-hati yang tersentuh melihatnya, tidak ramai tidak apa, yang penting kita cuba "menyentuh" perasaan dalaman orang-orang yang melihatnya".

Itulah antara rangkuman nasihat-nasihat yang telah saya berikan kepada pelajar-pelajar yang telah membuat pembentangan terakhir di bawah tajuk Pemikiran Islam Dan Isu-Isu Semasa. Sekurang-kurangnya dua kumpulan terakhir untuk kelas DSK 4 dan SMD 4. "Bekal" untuk mereka seandainya mereka diminta berbuat demikian lagi pada masa-masa yang akan datang.

Saya bukanlah bijak sangat dalam bidang ini tetapi saya perhatikan kebanyakan rancangan-rancangan di TV yang bersifat untuk mendidik dan memberikan kesedaran memasukkan unsur-unsur tersebut dalam "pembentangan" mereka. Setakat kecantikan pengacara wanitanya dan kekacakan pengacara lelakinya, saya rasa belum mampu sepenuhnya untuk menjadikan sesuatu yang dipersembahkan itu menjadi menarik dan disukai ramai. Mungkin sedikit-sedikit ada juga sumbangannya secara tidak langsung. Dan saya cuba belajar dari sesuatu yang saya rasa baik untuk diteladani  serta berkongsi dengan orang-orang lain juga.

Antaranya sebagai contoh;
1. Siaran berita.
2. Rancangan 999
3. Slot Edisi Siasat
4. Bongkar
5. Rancangan Bersamamu.
6. Majalah Tiga
Dan pelbagai rancangan lagi yang saya sendiri pun sudah terlupa tajuk-tajuk rancangan tersebut. Hatta rancangan yang bersifat mistik pun tanpa segan dan silu turut menunjukkannya juga untuk tatapan penonton.

Pengacaranya perlu.
Tetapi gambar-gambar serta rakaman-rakaman video yang disiarkan pada saya lebih ditunggu-tunggu oleh para penonton. Mendengar serta pada masa yang sama melihat "apa-apa" yang disampaikan akan memberikan kesan yang lebik baik kepada penonton.

Bayangkan sekiranya ;
1. Siaran berita.
2. Rancangan 999
3. Slot Edisi Siasat
4. Bongkar
5. Rancangan Bersamamu.
6. Majalah Tiga
Hanya kata-kata tanpa gambar-gambar dan rakaman-rakaman video untuk menceritakan "gembira, sengsara dan derita" yang dirasai, mungkin kesannya tidaklah sehebat mana.

Sehinggakan filem-filem hebat yang pernah dihasilkan mempunyai "pengarah-pengarah" dari pelbagai sudut bagi memastikan filem-filem yang dihasil dan dikeluarkan benar-benar memberikan impak paling maksima kepada setiap penonton yang menontonnya.

Kesan bunyi.
Lakon layar.
Penataan Cahaya.
Dialog.
Lokasi dan set penggambaran.
Dan lain-lain lagi.

Demikianlah juga pembentangan. Perlukan tambahan-tambahan supaya ia lebih menarik dan berkesan. Selamat mencuba. Insyaallah.

Razak Nordin berpesan ; Ini pandangan saya. Dari persepsi saya. Kepercayaan saya. Maaf, entry ini tanpa gambar dan video.

No comments: