Sabotaj atau takdir. Saja saya cuba membuat spekulasi rambang.
Pertama : Kerana kedua-duanya berlaku pada tayar belakang.
Keduanya : Kerana pakunya pula hampir serupa.
Tayar belakang sebelah kiri.
Kejadian 1
Disedari pada hari Isnin minggu lepas semasa kami sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke politeknik dari Taman Lela, Kamunting Perak. Bilakah masa ia "mencucuk" entahlah. Entah lama, entah baru.
Tetapi syukur alhamdulillah, ianya disedari awal dan tindakan sewajarnya telah diambil sebelum meluncur di lebuhraya Utara-Selatan yang digunakan oleh pelbagai macam ragam pemandu. Banyak yang "menyesakkan" perut dari yang mendamaikan jiwa. Oleh itu tayar perlu dalam keadaan baik semasa memandu di lebuhraya.
Tayar belakang sebelah kanan.
Kejadian 2
Disedari lebih awal tetapi pedulinya agak kurang. Memandang tanpa "mata hati" selalunya jarang memberikan sesuatu yang luar biasa.
Alhamdulillah.
"Disedari dengan ambil pedulinya" pada petang semalam kerana didapati tayarnya agak kempis jika dibandingkan dengan tayar-tayar yang lain. Padahal saya telah mengepam semua tayar tersebut pada petang jumaat yang lepas. Logik akal tidak membenarkan saya menerimanya sebagai kejadian biasa. Tambahan pula tiga biji tayar lain dalam keadaan masih stabil.
Tengahari tadi, keluar dengan serampang dua mata.
Mata pertama :-ke HPA Guar Sanji untuk mendapatkan bekalan-bekalan yang sepatutnya.
Mata kedua :- sempatlah saya singgah sebentar di kedai tayar berhampiran sebelum sampai ke HPA Guar Sanji tersebut.
Rupanya.
Paku lagi.
Padan pun.
Ibrahnya
Beringat-ingat dan berwaspadalah selalu dalam menempuh hidup yang di hadapannya terbentang pelbagai kemungkinan dan "kebetulan" ini.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Waspada dengan kelalaian yang memusnahkan.
Ibrahnya
Beringat-ingat dan berwaspadalah selalu dalam menempuh hidup yang di hadapannya terbentang pelbagai kemungkinan dan "kebetulan" ini.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Waspada dengan kelalaian yang memusnahkan.
Razak Nordin berpesan ; Hidup ini banyak kemungkinan dan kemungkinan berada di mana-mana. Ibrah dua batang paku.
Dan ingatlah.
Pada setiap kejadian itu ada ibrah(pengajaran) untuk orang-orang yang berakal.
No comments:
Post a Comment