Mungkin perkara ini dianggap remeh dan kecil kepada sesetengah orang. Tetapi kepada saya ianya perkara kecil TAPI BESAR.
Ini merupakan kali kedua saya menulis tentang perkara yang hampir serupa.
Dan tulisan ini tanpa prejudis.
Kalau pun tidak banyak, harapnya adalah juga "perkaitannya" dengan transformasi politeknik.
Kalau pun tidak banyak, harapnya adalah juga "perkaitannya" dengan transformasi politeknik.
Kali pertama saya menulis di bawah tajuk Suasana Kondusif Penting Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran iaitu pada 2 Mac 2010.
Tulisan kali ini lebih kepada respon ringkas saya terhadap cita-cita dan harapan politeknik untuk melakukan transformasi supaya lebih berdaya saing dalam era globalisasi pendidikan ini.
Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik telah diadakan pada 25 Februari 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelan Transformasi Politeknik ini adalah untuk meningkatkan prestasi institusi pengajian tinggi tempatan agar menjadi institusi bertaraf dunia. Usaha ini sememangnya memerlukan penekanan terhadap kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi.
Transformasi ini merupakan langkah awal strategik mempersiapkan iklim dan persekitaran sesuai untuk menyediakan apa sahaja ramuan dan syarat menjadikan Malaysia sebagai pengajian tinggi antarabangsa.
Diharap transformasi ini dapat menghasilkan institusi pengajian tinggi yang benar-benar mampu menggalas cita-cita negara dalam melahirkan modal insan yang unggul dan menguasai nilai dan kemahiran yang tinggi.
(Sumber)Sebagai sebahagian warga politeknik, saya turut menghargai cita-cita dan harapan politeknik seluruh Malaysia untuk melakukan tranformasi ini dan mahu tidak mahu saya terlibat secara langsung sama ada secara suka rela atau paksa rela.
Tetapi saya orang kecil dan selalunya tidak mampu untuk menjenguk dan melihat apa yang sedang berlaku di atas. Dengan kerendahan itu sesekali dan acapkali saya hanya mampu melihat di bawah.
Perlunya Bilik-Bilik Kelas Berhawa Dingin.
Oklah.
Beralih ke bahasa mudah. Terus kepada apa yang ingin dimaksudkan dengan tulisan ini.
Cuma satu perkara yang ramai tenaga pengajar yang pernah saya jumpa termasuk saya sendiri mengeluh iaitu tentang kepanasan suhu yang melampau di dalam bilik-bilik kelas. Dan itu merupakan antara cabaran terbesar buat masa ini. Jika dibandingkan dengan di dalam pejabat, kontranya amat jelas.
Tanpa perlu "bercakap banyak" dan "berjalan-jalan" banyak di dalam pejabat, penghawa dingin disediakan demi keselesaan bekerja. Tetapi sebaliknya di bilik-bilik kelas yang perlu "banyak bercakap" dan "berjalan-jalan banyak" itu hanya disediakan kipas untuk memutar-mutar udara yang sedia panas dan membahang itu. Sudahlah kipas di bahagian depannya pula tiada.
Tanpa perlu "bercakap banyak" dan "berjalan-jalan" banyak di dalam pejabat, penghawa dingin disediakan demi keselesaan bekerja. Tetapi sebaliknya di bilik-bilik kelas yang perlu "banyak bercakap" dan "berjalan-jalan banyak" itu hanya disediakan kipas untuk memutar-mutar udara yang sedia panas dan membahang itu. Sudahlah kipas di bahagian depannya pula tiada.
Peliknya seumpama sesetengah surau dan masjid yang pernah saya singgahi. Kipas hanya untuk makmun, sedangkan imam dibiarkan kepanasan tanpa kipas. Sedangkan yang sepatutya berkipas atau dan berhawa dingin Tuan Imamnya yang terpaksa membaca surah-surah ketika orang lain menadah telinga untuk mendengar bacaan tersebut.
Pada saya kepanasan dan prestasi proses Pengajaran Dan Pembelajaran sesuatu yang sinonim. Bukan sahaja kepada tenaga pengajar malahan kepada para pelajar juga. Barangkali kebanyakan orang faham tanpa perlu saya menjelaskannya secara lebih lanjut lagi.
Pengalaman Sebenar
Barangkali di sini saya boleh berkongsi dua pengalaman yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang serupa.
Razak Nordin berpesan ; Ketika saya mula rasa bosan dengan kerjaya ini. Masih adakah jalan keluar yang lebih membahagiakan. Entahlah.
Pertama.
Saya sendiri pernah mengalaminya sendiri. Betapa tidak selesanya mengajar dalam suasana dan keadaan seperti itu. Muka jadi berminyak-minyak dan peluh mengalir ke serata badan di mana sahaja ada "laluan" yang boleh dilalui. Badan pula melekit-lekit dan berbau tengit. Kalau saya yang "free hair" pun merasa bahangnya, saya tidak tahulah bagaimana rasa bahang yang dirasai oleh wanita-wanita muslimah yang bertudung atas tuntutan agama itu.
Kedua.
Saya berkesempatan untuk melakukan pemantauan terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi pensyarah-pensyarah seperti yang telah diamanahkan kepada saya. Tahniah untuk mereka-mereka yang tabah dalam menyahut cabaran. Saya yang hanya duduk di belakang pun terasa betapa tidak selesanya, tidak tahulah empunya badan bagaimana pula rasanya. Dan saya tidak berani menilai bagi pihak mereka. Tetapi reaksi mereka bagaikan menunjukkan bahawa mereka juga tidak selesa. Tambahan pula apabila bercakap dan berjalan-jalan sepanjang kelas berlangsung.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil untuk dimasukkan ke dalam tulisan pada kali ini. Bukti apa yang saya cuba maksudkan di atas.
Kondusif-kondusif lain bolehlah dibaca dipautan yang telah saya pautkan di atas tadi. Untuk kali ini, rasanya cukuplah setakat ini dulu.
No comments:
Post a Comment