Maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Nabi pernah berpesan lebih kurang begitulah bunyinya.
Suatu Ketika Dulu.
Seingat saya, semenjak zaman persekolahan lagi saya sudah terlalu acapkali bercita-cita dan berazam untuk menjadi seorang manusia yang pendiam. Dan setiap kali itu jugalah, saya tidak pernah berjaya menunaikan cita-cita dan keazaman saya tersebut. Kalau pun berjaya, hanyalah seketika sahaja.
Lepas seketika itu, saya akan kembali menjadi Razak Nordin seperti mana saya dilahirkan. Suka bercakap dan memberikan "pandangan" yang kadangkala pandangan tersebut tidak diminta pun. Dan setiap kali itu jugalah, saya sedar bahawa banyaknya hati-hati yang terluka hati dan perasaannya. Oleh kata-kata saya tersebut.
Kepada hati-hati yang pernah terluka oleh kata-kata saya. Pohon maaf saya minta. Sebetulnya, saya tidak pernah bercita-cita dan berazam untuk berbuat begitu.
Pendiam Dan Tidak Suka Campur Luar "Kawanan"
Dari sudut lain pula, saya sering juga dilihat pendiam dan tidak banyak cakap. Terutama ketika saya dikelilingi oleh orang-orang yang saya tidak kenali. Ketika itu saya lebih selesa menjadi pendengar yang baik dan hanya membuat kesimpulan dalaman sahaja. Faktornya mungkin pelbagai.
Antaranya;
Saya sesekali tidak akan menyertai perbualan orang-orang yang saya tidak kenali walaupun saya "tahu sangat" dan berminat dengan topik yang diperkatakan itu.
Lagi-lagilah jika topik perbualan itu berkisar kepada isu-isu yang saya tiada nafsu dan selera untuk menjamahnya, tambahan pula jika ianya tidak memberikan faedah sangat kepada "kepentingan" saya.
Dan ketika saya masih tersedar akan mesej di bawah ini :-
Dan ketika saya masih tersedar akan mesej di bawah ini :-
Dan seperti biasalah, Razak Nordin berpesan lagi. Untuk dirinya dan orang lain juga.
Razak Nordin berpesan ; Dan hari ini buat kesekian kalinya saya bercita-cita dan berazam lagi untuk menjadi manusia pendiam dan bercakap hanya apabila perlu. Sekali lagi saya berazam.
No comments:
Post a Comment