Tengahari tadi saya dijemput bersama Ustaz Iruwan oleh satu kumpulan pelajar dari kelas DPM 6 untuk menilai pembentangan projek akhir mereka. Pembentangan projek tersebut diadakan di bilik persembahan di Pusat Sumber. Dan saya sebenarnya teruja juga untuk menghargai segala ketekunan dan usaha bekas "anak-anak" saya ini.
Hanya sesiapa yang pernah menjadi tenaga pengajar sama ada dipanggil guru, pendidik atau pensyarah serta pelbagai macam nama lagi sahaja yang mungkin merasai bagaimana seronoknya melihat "anak-anak" membesar dan melangkah dengan kejayaan. Dan saya pernah, sedang dan akan merasainya lagi Insyaallah.
Bergambar sebelum sesi pembentangan.
Ain membuka pembentangan
Banyak yang sudah berubah.
Gaya penyampaian.
Keyakinan diri.
Dan beberapa aspek lagi.
Secara pukal saya boleh katakan bahawa tahap keyakinan mereka dalam mempersembahkan pembentangan masing-masing sudah berubah jika dibandingkan ketika mereka berada di semester tiga dahulu. Saya merasai kelainan tersebut kerana saya pernah mengajar mereka semasa mereka di semester tiga dahulu.
Produk yang dihasilkan juga tidak mengecewakan. Sejenis "aiskrim segera" dalam bentuk serbuk yang boleh dihasilkan secara mudah, ringkas dan menguntungkan di dapur masing-masing. "Rasa" aiskrimnya juga pada penilaian deria rasa saya "boleh jual" di pasaran.
Walaupun apapun kekurangan dan kelemahan yang mungkin ada. Ia adalah sesuatu yang pasti selagi kita semua bergelar manusia biasa.
Bezanya cuma sama ada sedikit, sederhana atau banyak sahaja.
Apa yang penting peningkatan diri perlu sentiasa berlaku dan berterusan.
Razak Nordin berpesan ; Untuk "anak-anak" semua. Selamat berjaya. Perjuangan kalian tidak terhenti di sini pastinya.
No comments:
Post a Comment