Buat kesekian kalinya.
Takdir Ilahi menentukan bahawa saya terpaksa mengambil cuti lagi hujung minggu lepas. Kali ini saya terpaksa mengambil cuti pada Hari Khamis dan Jumaat kerana terpaksa balik ke Terengganu atas sebab-sebab yang mendesak. Majlis akad nikah Cik(Bapa saya). Ya, Cikku kahwin lagi. Dalam hidup ini adakalanya kita terpaksa setuju untuk tidak bersetuju.
Khamis. 29 April 2010.
Kami sekeluarga bertolak dari Ulu Pauh Arau sekitar jam 12.40 tengahari. Singgah hanya untuk solat dan makan, akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Terengganu sekitar jam 11 malam. Saya penat memandu dan isteri pula kepenatan melayan karenah anak-anak sepanjang perjalanan. Sementara anak-anak sudah terlena diulik mimpi. Kepenatan itu ditambah pula dengan kepenatan "mental"nya sekali. Lagi-lagilah penatnya.
Dalam kepenatan itu, pada mulanya kami bercadang untuk tidur di Jertih, Besut sahaja. Tetapi hajat hati tidak kesampaian. Sudahnya kami "terdampar" di hotel bertaraf dua bintang di bandar Kuala Terengganu. Hotel Seri Malaysia. Kira "berbaloilah" juga untuk tidur seketika malam tersebut. Daftar masuk hotel pun sekitar jam 11 malam dan seawal pagi esoknya kami akan bergegas ke majlis akad nikah Cik.
Jumaat. 30 April 2010
Sekitar majlis akad nikah Cik.
Semoga makan minum Cik lebih terjaga selepas ini. Juga terisi segala kesepian dan kesunyian selama ini.
Petang.
Kami sekeluarga bersama adik-adik saya(Pok Awang dan Mak Da) ke Pantai Peranginan Kelulut melepas lelah di petang hari.
Sempat juga "pekena" keropok lekor 008 dan juga Mee Rebus di Pantai Peranginan Kelulut. Bolehlah untuk melepaskan kerinduan pada Mee rebus Terengganu. Cuma kali ini agak "kurang menjadi" sikit. Tapi bolehlah.
Along "beraksi" sebelum makanan yang dipesan sampai
Masing-masing khusyuk dengan "order" masing-masing.
Dan saya semestinya Mee Rebus Terengganu.
Mee Rebus Terengganu.
Bersantai sekejap selepas makan-makan.
Pertama kali bergambar nampak gigi. Hehehe.
Sabtu. 1 Mei 2010.
Sejam di Pasir Puteh, Kelantan.
Agenda mesti untuk kaum wanita. Shopping kain.
Ketika Uminya sedang sibuk "bershopping" di sini :-
Saya pula sedang sibuk bertarung dengan "Ultraman Kosmos" dalam Innova dengan penuh kesabaran.
Selepas shopping ;
Singgah makan-makan sempena kenduri kat rumah DBA di kampung Kelubi, Pasir Putih. Mata terlentuk pasal sedap sangat kena gulai kawah.
Alhamdulillah. Kenyang.
Terimakasih atas jemputan DBA serta Ma DBA serta syukur tentunya dengan rezeki kurniaan dari Allah s.w.t. jua.
Razak Nordin berpesan; Tunggu DBA buat kenduri khemah lagi besar. Nanti pokok-kayu bolehlah berkonvoi ke Kampung Kelubi lagi.
2 comments:
insyaAllah, nnt dba jmpt lg yea utk khemah yg lebih besar.;)
Jangan lupa gulai kawah lagi...sedapppppppnyerrrrrr
Post a Comment