Berwaspada memilih makanan untuk di makan dalam "kegembiraan" sempena menyambut hari raya. Takut-takut mendapat "musibah" atas kegelojohan dan kealpaan diri sendiri.
Kalau bolehlah saya katakan begitu.
Memahami tahap kesihatan diri dengan banyaknya pantang, saya memang "berhati-hati" dalam memilih makanan daripada pelbagai juadah yang dihidangkan.
Dalam berhati-hati itu pun, kami sekeluarga akhirnya "terkena" juga.
Sejak malam tadi, kami sekeluarga sakit-sakit perut dan cirit-cirit. Entahlah mana satu puncanya.
Sama ada.
Lemang bersama rendang ayam atau daging.
Laksa.
Mee Sup Tulang.
Kari Kepala Ikan kedai mamak.
Apapun, ianya telah berlaku.
Saya hanya ingin berkongsi.
Sama-samalah kita berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman sempena raya ini. Jangan main "bedal" sahaja.
Jangan berikan terlalu banyak "kejutan" kepada perut anda yang agak lama juga berehat itu.
Razak Nordin berpesan ; Moga kita semua lebih berhati-hati.
No comments:
Post a Comment