Saya ingin berkongsi sedikit dapatan yang saya dapat hasil pembacaan dari buku Kemahiran Berfikir yang ditulis oleh Puan Ainon Mohd dan seorang penulis lain. Puan Ainon juga boleh ditemui di sini.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah di bawah topik bagaimana cara mempengaruhi fikiran orang. Dan apa yang ingin dikongsikan di sini hanyalah satu sub topik yang kecil iaitu "teknik" keterhadan palsu.
Bagi menjelaskan teknik atau kaedah tersebut, Puan Ainon telah membawakan satu kajian yang telah dibuat oleh seorang pakar psikologi Jack Brehm.
Menurutnya, seorang pakar psikologi Jack Brehm, melalui kajiannya membuktikan apabila kita diberitahu kita tidak boleh mendapat apa-apa yang kita ingini, hal itu hanya membuat kita lebih inginkan perkara tersebut. Kajian yang beliau buat itu ialah berkenaan reaktans.

Di dalam sebuah kajian beliau, sekumpulan individu diminta mendengar empat buah rekod lagu-lagu. Kemudian mereka diminta menilai sejauh mana mereka suka rekod-rekod itu. Sebagai ganjarannya, mereka diberikan rekod-rekod tersebut mengikut pilihan masing-masing. Tetapi rekod-rekod itu diberikan apabila mereka datang kali kedua bagi membuat penilaian tambahan ke atas rekod-rekod tersebut. Apabila mereka datang kali kedua, mereka diberitahu mereka hanya boleh memilih satu di antara tiga rekod yang ada kerana rekod yang keempat tidak ada lagi bagi diberikan kepada mereka. Setiap individu diberitahu ada rekod yang tidak ada. Rekod itu pula ialah rekod yang dinilaikan di tempat ketiga sewaktu masing-masing menilai pada kali pertama. Keempat-empat rekod itu diperdengarkan sekali lagi kepada mereka bagi dinilai kali kedua.
Hasil kajian itu mendapati, penilaian yang diberikan ke atas rekod yang tidak ada naik dengan banyaknya. Ini menunjukkan, rekod yang tidak dapat mereka miliki kini dianggap lebih baik dan menjadi lebih menarik. Gejala ini disebut reaktans.
Kesan reaktans kerap digunakan oleh para peniaga bagi menggalakkan jualan barang-barang mereka. Mereka mencipta gambaran seolah-olah barang-barang itu terhad. Mereka mengatakan tawaran adalah terhad atau selagi stok masih ada dan sebagainya. Biasanya stok masih ada banyak, tetapi mereka sengaja memberi gambaran seolah-olah stok adalah terhad.
Mungkin sejak dahulu sehingga kini, teknik atau kaedah keterhadan palsu ini secara langsung atau tidak mungkin digunakan oleh sesetengah orang untuk 'mempengaruhi atau menakut-nakutkan' orang lain tentang sesuatu yang belum pasti atau wujud. Diulang sebut supaya melekat di benak pemikiran sehingga menjadikan sesuatu itu "benar" tanpa kewujudan.
Landasannya mungkin sama tetapi caranya mungkin berbeza.
Bahasanya mungkin berbeza tetapi matlamatnya hampir serupa.
Caranya mungkin berlainan tetapi tujuannya adalah sama.
Mempengaruhi pemikiran seseorang untuk mempercayai 'keterhadan palsu' sebagai sesuatu yang 'benar-benar wujud' dan 'benar-benar akan berlaku'.
Razak Nordin berpesan ; Lihatlah diseputar hidup. Mungkin kita pernah 'menjumpainya'. Sama ada secara sengaja atau tidak.

No comments:
Post a Comment