Hari ini pokok-kayu bujang lagi.
Kali ini pokok-kayu terpaksa dibujangkan sementara kerana Uminya bersama-sama anak-anak istimewa ditakdirkan untuk melawat negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Negeri yang pertama kali saya di"posting"kan sebagai penjawat awam di Politeknik Kota Kinabalu pada 1 Julai 1999.
Tidaklah lama sangat. Dalam seminggu je. Huhuhu.Wawawa. Bukan sedih, bukan terkilan.
Pokok-kayu mendoakan semoga semua ahli rombongan selamat pergi dan kembali. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya.
Tetapi pokok-kayu tidak kisah sangat pasal dibujangkan itu. Yang dikisahkan barang sedikit adalah melayan karenah putera Razin yang pada hari pertama pun sudah macam-macam karenah peliknya. Si Kakak pula tidaklah payah sangat melayan peelnya itu.
Ketika pokok-kayu sedang menulis entry ini, dua beradik sehati sejiwa itu dibiarkan "berkubang" dalam bilik air. Berkubanglah wahai anak-anak Abi, janji jangan menangis sudah. Tidak larat Abi mendengarnya.
Dan malam ini, mereka berdua akan dibawa bersama pokok-kayu untuk ke kelas gantian pula. Apa nak buat, terpaksa.
Alang-alang sudah membuat janji dengan para pelajar minggu lepas, redah sahajalah. Harap-harap semuanya berjalan tanpa gangguan. Jika dibatal pun, susah juga mencari masa lain untuk dibuat penggantiannya.
Saat beginilah barulah terasa besarnya pengorbanan seorang isteri di samping suami untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan serta kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu semasa pokok-kayu dibujangkan ini.
Dan harapnya pokok-kayu tidak menggatal tidak tentu hala sepanjang minggu ini.
Razak Nordin berpesan ; Takbir3X.
2 comments:
hai pokok-kayu..??single??hehehe...
Bujang jap je tu...untuk lebih memahami erti perkongsian hidup...tak gitu Puan CT
Post a Comment