Segalanya seperti yang dirancangkan. Kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu kali ini untuk balik ke rumah no. 203 Jalan Limbat, Taman Lela Satu, Kamunting,Perak. Memenuhi tanggungjawab isteriku sebagai anak tunggal perempuan kepada Abah dan Maknya , aku sebagai menantu tunggal lelaki(bukan tunggul) dan anak-anakku sebagai cucu-cucu kepada Tok dan Pah .Syukur alhamdulillah. Perjalanan petang semalam kiranya berjalan lancar jugalah kerana lebuhraya tidaklah sesak sangat. Biasa-biasa sahaja. Suasana maghrib yang agak men"debar"kan juga walaupun lebuhraya tidak sesak. Berkat doa serta rahmat Allah, kami selamat sampai ke Taman Lela kira-kira jam 8 malam.
Dalam kesyukuran itu cuma ada sedikit rasa terkilan. Perancangan asalnya, aku bercadang singgah sebentar di RnR Semanggol untuk "pekena" bihun sup Abu Hasan Din. Rindu" rasanya. Kena dengan seleraku dan isteri barangkali. Namun takdir Allah mendahului perancanganku sekurang-kurangnya atas dua sebab ;
Pertama ; Syuhada dan Razin sedang nyenyak tidur ketika kami sampai di kawasan RnR Semanggol. Agar tidur mereka tidak terganggu. Takut meragam pula nantinya.
Kedua ; Hujan yang renyai-renyai sekadar menambah sebab musabab.
Kalau ada rezeki lain kalilah ye. Kita masih hanya merancang dan memasang angan-angan. Ketentuan masih di "tangan" Maha Kuasa.
Razak Nordin berpesan ; Di mana pun anda berada, moga selamat dan bahagia bersama rahmat Ilahi di pagi minggu ini
No comments:
Post a Comment