Antara yang"asyik" menikmati hidangan. Aiskrim HPA pun ada tu.
Jejaka macho berbaju hijau sedang pekena nasi ayam "power". Terima kasih kerana sediakan koktel yang power juga.
Tidak lupa aiskrim keluaran HPA. Tanda sokongan kepada produk keluaran muslim.
PRO PTSS (bukan GRO) juga dijemput
Jamuan Keluarga Kecil JPA
Tarikh : 23 Oktober 2009.
Tempat : Bilik Mesyuarat JPA
Masa : Bermula jam 11.00 pagi hingga makanan habis.
Menu : Nasi Ayam , Roti Jala Ulu Pauh, Ketupat Sotong Kg. Kelubi, Koktel Lekir, Manjung, Cup Kek Lin Mustafa, Aiskrim HPA, Mee Goreng Alor Star(Mee Goreng Bonda rupanya), Tembikai Merah, Tembikai Susu dan Buah Mata Kucing. Rasanya sudah "masuk" semuanya. Kalau ada yang terlupa tu, tolong tambah kat bahagian komen ye, untuk siapa-siapa yang berkenaan.
Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan majlis berkenaan. Ringkas tetapi penuh "bermakna". Harapnya ia bukan pertama dan terakhir tetapi akan ada kesekian kalinya.
Razak Nordin berpesan ; Perpaduan dalam kepelbagaian. Pengajaran kecil yang mungkin ada.
1 comment:
aien suke itu ais krim.. sedap!!
Post a Comment