Entah pasal apa lebih kurang seminggu sudah badan ini tidak berapa stabil sangat. Kadang "OK" kadang itu "KO" pulok. Terasa lemah dan sakit-sakit badan juga kadangkalanya. Perut pula macam boleh buat "drum", penuh angin barangkali. Pastinya ia salah satu bentuk ujian Tuhan. Untuk kita semua hamba-hambanya yang lemah. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk aku menerima ujian kecil ini dengan tabah dan redha.
Kemuncaknya malam tadi. Badan terasa sangat tidak larat, ditambah pula badan pun terasa panas juga. Lepas solat maghrib tidur barang sekejap. Harap-harap legalah. Rupanya tidak. Bini kejut untuk solat isyak berjemaah pun tidak larat hendak bangun.
Akhirnya. Gagahkan diri jua untuk bangun solat Isyak. SMS Ustaz Yasir kalau-kalau dia 'free' untuk tolong bawakkan ke klinik. Risau juga musim-musim macam sekarang ini. Alhamdullah dia "free". Aku sebenarnya tidak berniat untuk menyusahkan kawan-kawan tetapi aku tidak "larat" benar hendak memandu malam tadi. Apapun. Terima kasih banyak-banyaklah.
Menaiki Innova kami ke Pekan Changlun. Terima kasih juga kepada Abe De kerana sudi temankan kami. Malangnya kliniknya pula semuanya sudah tutup. Sudahnya singgah di A-wang untuk dapatkan penadol dan sebotol air mineral. Terpaksa jugalah makan penadol malam tadi. Hendak buat macam mama. Terpaksa.
Diringkaskan.
Bila bangun tidur pagi tadi. Keadaan badan sudah bertambah baik tetapi tanda-tanda "ketaklaratan" itu masih ada. Pagi ini dalam kepayahan itu gagahkan diri untuk SMS Ketua Jabatan. Lebih kurang begini bunyinya ; " Salam Ustazah, saya nak mintak izin ambik cuti rehat hari ni, badan tak berapa larat, tq".
Selang beberapa minit sms ini masuk " Ok, tq". Dari KJPA yang aku "set"kan namanya.
Terima kasih Ustazah.
Terima kasih juga buat isteri tersayang kerana sanggup ambil alih tugas menjadi "supir" pagi ini untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Razak Nordin berpesan ; Terima kasih untuk semua. Maka bercutilah aku pagi ini dan gagahkan diri barang seketika untuk menulis coretan ini.
No comments:
Post a Comment