"Insyaallah, lepas ni kita buat solat sunat hajat, mudah-mudahan konvo kita akan berjalan lancar". Begitulah kurang lebih "ajakan" Tuan Haji Zamri sebaik sahaja selesai berdoa selepas solat fardhu isyak di Pusat Islam malam tadi.
"Tergamam" seketika saya yang "kebetulannya" dilantik sebagai "Floor Manager" untuk konvo kali ke 4 berturut-turut. Setakat ini "tetap dan berpencen".
Walaupun tidak sampai satu saf jemaah yang ada untuk menunaikan solat sunat hajat malam tadi, sekurang-kurangnya ia sedikit "menyentak lamunan" saya. Inilah yang mungkin kebanyakan manusia sering terlupa termasuk diri saya.
Terkadang manusia terlupa pesan Allah s.w.t. "Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah".
Dalam kelupaan itu, solat hajat hanyalah pilihan terakhir setelah "manusia-manusia hebat" disekeliling sudah tidak mampu untuk memberikan bantuan.
Alhamdulillah.
Masih ada yang teringat pesan Allah s.w.t. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Razak Nordin berpesan ; Kecil Tapi BESAR.
No comments:
Post a Comment