Gunalah "semahu" hatimu ;
nikmat mulut ini
dan
juga nikmat tangan ini...
untuk berkata-kata dan menulis sama ada yang baik-baik atau yang buruk-buruk selagi gerak tutup bukanya masih menghasilkan suara. Selagi gerak tari jarimu membentuk kata-kata. Hingga saat ini mungkin belum ada sesiapa yang "mampu" menghalangmu dari engkau berkata-kata dan menulis sesuka hatimu. Caci, maki, fitnah dan segala macam adu domba yang menyakitkan hati dan perasaan manusia-manusia lain seperti mu jua.
Bahagialah engkau dengan sikapmu itu.
Cuma aku ingin bertanya ;
Pernahkah sekali dalam hidupmu tidur malammu terganggu oleh "laluan" hidup ini.
Pernahkah sekali dalam hidupmu kepalamu terasa pening-pening dan muntah-muntah.
Pernahkah sekali dalam hidupmu hidungmu pula selesema dan melelehlah air hidungnya.
Pernahkah sekali dalam hidupmu merasai bagaimana sengsaranya jiwa apabila hati disakiti dan engkau tiada peluang dan ruang untuk "membalas"nya.
Pernahkah sekali dalam hidupmu isteri dan anak-anakmu sakit, derita dan sengsara.
Pernahkah sekali dalam hidupmu engkau merasai demam.
Pernahkah sekali dalam hidupmu engkau sakit-sakit perut dan cirit birit.
Pernahkah sekali dalam hidupmu engkau merasa sakitnya sakit gigi.
Pernahkah sekali dalam hidupmu engkau merasai pelbagai "kesakitan" lagi dalam mendepani hidup ini.
Jika jawapannya tidak.
Teruskan "kehidupan lamamu". Kerana engkau hampir sudah menjadi "Tuhan". Semacam Firaun. Tapi Firaun "tertimbus" juga akhirnya. Setakat ini belum ada yang abadi dan kekal. Sama ada seseorang itu sebaik-baik manusia atau sejahat manusia di kosmos milik Allah ini.
Jika jawapannya, Ya.
Ingatlah firman Allah s.w.t di bawah. Mudah-mudahan ia boleh mengingatkan kita semua. Manusia-manusia yang acapkali terlupa, mungkin atas pelbagai sebab dan kemungkinan.
Razak Nordin berpesan ; Dari sudut pandangan mana sekali pun, matlamat tidak mungkin menghalalkan semua cara.
No comments:
Post a Comment