Malam tadi.
Tanpa dirancang kami sekeluarga tersinggah lagi di Radix Chicken House(RCH) Kangar. Rancangan asalnya hanyalah untuk ke kedai jahit di pekan Arau untuk mengambil baju anak yang "diubahsuai" untuk "fesyen show" pagi ini.
Entah macam mana, tiba-tiba teringin benar rasanya nak "pekena" kopi radix ais. Lalu perjalanan yang sepatutnya hanya sampai ke Arau sahaja telah membawa kami hingga ke RCH Kangar.
Syukur. Alhamdulillah.
Sebagai salah seorang ahli biasa "setahun jagung" HPA yang masih setia dengan produk-produknya, timbul rasa seronok dengan apa yang disaksikan malam tadi. Masih ramai yang setia dengan RCH dan saya tidak menjangkakan begitu kerana lama benar saya tidak berkunjung ke situ. Mudah-mudahan Allah s.w.t. terus memberkati perjuangan perniagaan ini. Diberikan kekuatan kepada pendokong-pendokong dan juga penggerak-penggerak utamanya. Moga dijauhkan dari segala "penyakit" yang boleh merosakkan perjuangan yang dibina sekian lama itu. "Merosakkan" mungkin lebih mudah dan senang dari "membinanya". Sekurang-kurangnya saya boleh juga tumpang berbangga dengan apa yang sedang dicapai oleh HPA.
Tahniah kepada semua pengunjung yang terus memberikan sokongan. Kepada yang belum pernah mencuba, sila-silalah. Dan tentunya semakin banyak menu baru yang disediakan. Apa-apa pun, semua itu adalah hak anda. Saya hanya ingin berkongsi bukannya promosi bagi pihak HPA.
Razak Nordin berpesan; Produk muslim tanggungjawab bersama. Bersama membina ekonomi ummah.
No comments:
Post a Comment