Saturday, April 3, 2010

Jalan-Jalan Cari Keropok Di Losong, Kuala Terengganu.

Jika anda ke Kuala Terengganu dan bercadang untuk membeli keropok lekor untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja, tentunya destinasi yang sepatutnya anda singgah ialah Losong.

Cumanya, apa yang mungkin "menyusahkan" anda ialah kedai keropok mana yang patut dipilih memandangkan di Losong tersebut banyak kedai-kedai keropok di sepanjang bahu jalannya.

Saya pun pernah merasa begitu walaupun saya sememangnya berasal dari Terengganu. Dan saya cukup "susah hati" jika ada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengirimkan keropok setiap kali pulang ke Terengganu atau membelinya untuk dihadiahkan kepada sesiapa pun. Bukan apa, takut-takut terkena keropok yang tidak sedap rasanya pula. Maklumlah, bukan semua tempat saya tahu. Lebih-lebih lagi keropok mana yang paling sedap dan "best" untuk dimakan.

Sehingga saya diperkenalkan oleh seorang kawan bernama Cikkar(Nadzri Che Kamis) tentang kedai keropok tersebut. Acapkali juga saya mengirimkan kepadanya untuk membeli keropok setiap kali dia pulang ke rumah bapa mertuanya di Kuala Terengganu. Dan rasanya kena dengan selera kami sekeluarga. Dan saya syorkan kepada anda untuk mencubanya juga  jika kebetulan anda ke sana.

Keropok Losong Adik Beradik
Mintak izin tuan punya kedai..promosi takper kot...
Lokasinya.
Jika anda datang dari arah bawah jambatan Duyung, kedai keropok tersebut merupakan kedai keropok  kedua yang terletak di sebelah kiri jalan. Letaknya sedikit di bawah "tubir"(curam ke bawah sikit). Perlahankan kenderaan anda kerana ia agak sedikit terlindung.

Jika anda datang dari Pasar Cabang Tiga, kedai tersebut merupakan kedai kedua dari hujung di sebelah kanan jalan.

Cuma.
Oleh kerana banyaknya deretan kedai keropok di sepanjang jalan tersebut, "tajam"kan mata anda untuk membaca papan-papan tanda yang berdiri tegak di banyak tempat di bahu-bahu jalan tersebut. 

Razak Nordin berpesan; Selamat melancong ke Terengganu. Dan jika kebetulan ke Kuala Terengganu, singgahlah "cari" keropok di Losong.

1 comment:

CyberGlobe said...

Kirim Keropok Lekor RM10 buleh Ustaz.